Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 7 Mac 2013

Gambar : Perkembangan Operasi Pasukan Keselamatan Di Lahad Datu 7/03/2013








 Foto : Bernama

 Kejadian tembak-menembak kembali tercetus hari ini di kawasan operasi Kg Tanduo ketika pasukan keselamatan kita meneruskan operasi menggeledah untuk mencari saki baki kumpulan penceroboh.Laman Utusan Online melaporkan, kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira jam 9.15 pagi.

Ia turut melaporkan, pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan dari kereta perisai pada jam 8.30 pagi.Sementara itu, pesawat udara tentera juga dilaporkan berlegar di udara pada jam 7.30 pagi di kawasan operasi itu.

Kosmo pula melaporkan Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan pengganas bersenjata di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihak keselamatan turut menangkap pengganas yang cuba masuk dan keluar daripada Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.

"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.

"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini hari ini.

Mengenai kumpulan pengganas yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata, pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan. – BERNAMA

Dalam perkembangan berkaitan laporan Malaysian Insider menyebut pemimpin militan Agbimuddin Kiram tidak menghubungi rumah dalam masa 24 jam, kata abangnya, lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, pagi ini, dikala jet pejuang Malaysia turun sekali lagi di Sabah untuk mencari pemberontak Sulu.

Siaran televisyen Filipina ABS-CBN News Channel mengatakan pagi ini, keluarga Kiram semakin bimbang berhubung keselamatan tentera mereka di Lahad Datu, dimana tentera Malaysia telah masuk melalui darat dan udara, dalam operasi untuk membentras kumpulan militan tersebut.

“Menurut Sultan Jamalul Kiram, sehingga kini, beliau masih belum mendapatkan perkembangan dari Datuk Raja Muda Kiram yang sekarang ini berada di Sabah,” kata wartawan siaran tersebut Jerome Lantin jam 8.00 pagi tadi.

“Sultan mengatakan semakin sukar untuk berhubung dengan tentera Di Raja sekarang kerana mereka terpisah-pisah.”

Wartawan itu melaporkan tentang perkembangan terbaru keluarga Kiram, yang kini menetap di Taguig City, Filipina, dan dianggarkan 40 orang tentera “Di Raja” telah gugur semenjak pertempuran pertama minggu lalu.

Sementara Mstar melaporkan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.

"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis," kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.

Beliau berkata ini adalah "untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa."Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.

Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.Kompilasi ~ Tinta Hijau DKB

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sultan Kiram bodoh....rakyat Msia terkorban x bising...time Msia balas mintak genjatan senjata....geram betu la...ala ala Gusdur la muka dia....hiyahhhhhg.....

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya kita rakyat malaysia diperbodohkan oleh krajaan haramjadah kita sendiri......ops temberang ini adalah suatu sandiwara arahan 2 ekor pengkhianat negara dengan kerjasama macai-macai umno berketurunan sulu di lahad datu khususnya.....panglima tentera & KPN telah diperkuda oleh Umno...pasukan tentera dan polis...mereka hanya ikut arahan yang telah dikeluar oleh ketua-ketuanya...tak tahu akan permainan politik disebalik itu.....bunyi letepan itu adalah suatu latihan yang dijalankan oleh pihak tentera...kemudian disebarkan kepada rakyat kononnya masih lagi ada berlaku pertempuran di antara pihak tentera kita dengan penceroboh....ingat!!!..semua berita yang dikeluarkan berkaitannya hanyalah dari sumber Bernama sahaja...kenapa pihak kerajaan tidak membenarkan pihak wartawan-wartawan lain masuk ke kawasan itu agar dapat membuat liputan tentang kejadian semasa yang berlaku.....ini semua kerana mereka takut segala perancangan dan sandiwaranya dapat diketahui oleh rakyat...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....