Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 8 Februari 2013

Biadab !! Pengurus Felda mahu rampas pembesar suara di ceramah Pas

JERANTUT: Tindakan Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang meluru ke pentas dan meminta Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberhenti ceramahnya serta merta malam semalam, dianggap biadab.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, yang mempengerusikan ceramah dalam premis PAS itu berkata, tindakan pengurus tersebut juga boleh dianggap mencabar kuasa polis yang ada dalam program tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Jerantut turut kesal kerana tindakan tersebut sangat bahaya, boleh dianggap menceroboh dan bersifat provokatif jika tidak ditangani dengan bijak.

“Saya pada mulanya agak terperanjat apabila pengurus berkenaan tiba-tiba menerpa ke hadapan setelah kira-kira 15 minit Ustaz (Datuk) Tuan (Ibrahim) berucap dan mahu merampas pembesar suara sambil meminta dihentikan ceramah serta-merta.

“Dalam keadaan panik dan sangat pantas itu, saya terdengar Ustaz Tuan meminta saya memujuk pengurus itu masuk ke dalam markas untuk berbincang. Suasana ketika itu bingit dengan pekik sorak terutama orang muda yang marah dengan insiden itu,” katanya.

Yohanis berkata, tujuan dibawa pengurus itu berbincang di dalam markas adalah bagi mengelakkan berlaku kekecohan kerana ada lebih 200 yang hadir ketika itu.

Katanya, suasana pada mulanya terkawal apabila majlis berjalan dengan ucapan pertama daripada Yang Dipertua PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar sehinggalah Tuan Ibrahim berceramah kira-kira 15 minit.

“Semasa berbincang, pengurus tersebut beliau meminta maaf kerana mendapat arahan daripada 'orang atas' dan pada masa yang sama saya menghubungi peguam. Tetapi dia tidak mahu bercakap dengan peguam kami.

“Tapi cara beliau bertindak begitu memang biadab dan boleh menjadi contoh yang buruk sebagai seorang pengurus tanah rancangan tetapi mujurlah tidak berlaku kekecohan,” katanya.

Tambahnya, sebagai pengurus sepatutnya banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang wajar dilaksanakan bukannya menjadi alat menghalang ceramah parti politik yang sah berdaftar.

Yohanis berkata, tindakan pengurus tersebut juga salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini Anak telah membuat permohonan satu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan,

Permohonan tersebut difailkan melalui peguam Harris Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuantan.Hrkh

7 ulasan:

joe penang berkata...

Sayang.
Mana unit amal? Jaga keselamatan penceramah/pimpinan. Kita org bawahan ini jadi apa2 x terkilan sangat. Kalu pimpinan?
Aci boleh jangan berulang kes-kes camni dah

Tanpa Nama berkata...

POLIS bersekongkol dgn pendemo utk lakukan HURU-HARA

Patutpun masa kat Melaka semasa DSAI nak buat ceramah di sana di halang oleh pendemo2 dan diperhatikan saja oleh POLIS2. Bila pengawal peribadi DSAI keluarkan senjata sbb keadaan terdesak, tiba2 muncul POLIS BERPAKAIAN PERMAN cuba menahan pengawal peribadi DSAI.

Rupa-rupanya POLIS2 ini turut berada sama dalam membuat demo itu hari.

Jadi aku tak hairan, kalau PR memerintah nanti, puak2 inilah yang akan membenarkan kekacauan dan huru hara di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Apakah jasa PAS terhadap FELDA...cuba senaraikan??? 20 tahun lebih PAS memerintah Kelantan...tak ada pun bagi tanah kat org Islam mcm FELDA buat???

Tanpa Nama berkata...

Ni... Bangsa melayu, xjauh dengan jasa2 je yg di tuntut.. Patut lah mundur. Coba lah bula cikit minda anda. Apakah jasa kamu plak,,, citer lah pasal laen2... Balik2 jasa... Ape2 pun kita akan bersama PR...

Tanpa Nama berkata...

kerana tindakan spt nilah yang menunjukkan kebodohan kita sendiri..rakyat akan nampak siapa sebenarnya yang bertindak mencetuskan suasana yang bolih menimbulkan huru hara.Rakyat kita dah pandai nak tahu cerita sebenar,mereka tak mahu ditipulagi.Jadi bertindaklah ikut saluran dan jgn menggangu ceramah org.Bodekpun bertempat jgn sampai kita dibenci org.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak puashati.....negara kita kan ada undeng-undeng,jgn lah buat bodoh sendiri....atas perbuatan anda nescaya anda tak dihormati dan dikeji.....

Tanpa Nama berkata...

Saman saja pengurus tersebut atas nama individu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....