Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 6 Januari 2013

Fitnah Husam : Mahkamah Tolak Permohonan Papagomo

KOTA BHARU: Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat.

Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif.Hakim memberitahu sekiranya pindaan dibenarkan ia akan memprejudiskan plaintif.

“Kos untuk permohonan ini diarahkan menjadi kos dalam kes ini secara keseluruhan,” katanya. Bagaimanapun peguam defendan, Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur memberitahu kemungkinan memfailkan rayuan.

Sebelum itu hakim menerima permohonan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi untuk mengenepikan sepina ke atasnya dalam kes berkenaan.

Hakim memberitahu individu yang lebih sesuai untuk disepina bagi memberi keterangan dalam kes itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian atau panglima tentera laut.

Mahkamah kemudian mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan terbabit. Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Mat Arshad mewakili Menteri Pertahanan.

Sebelum ini Husam memfailkan saman ke atas blogger Papagomo ekoran perbuatan fitnah yang disiarkan di ruangan blog defendan, http://www.papagomo.com.

Blogger terbabit pada 6 Disember 2011 menulis berita bertajuk “Gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China doll” yang disifatkan plaintif sebagai tidak benar dan tidak berasas.

Husam juga mengemukakan saman sama terhadap seorang lagi blogger, Mohamad Salim Iskandar yang lebih dikenali dengan blog http://www.parpukari.blogspot.com.

Blogger terbabit pada 19 Februari 2012 menerbit artikel bertajuk “Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!”

Dalam pernyataan tuntutan Husam berkata, artikel tersebut menggunakan gambar-gambar secara tidak tepat dan tidak benar yang dikaitkan dengannya.

Naib Presiden PAS itu menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta terhadap perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.Defendan terbabit juga diwakili peguam Jasbeer Singh dan Parvinder Kaur.

Bagaimanapun dalam satu lagi kes lain, Husam menarik balik kes saman terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang memandangkan saksi-saksi yang akan ditampilkan berada di luar negara.

Peguam Hisham berkata, ada saksi yang masih berada di luar negara menyebabkan kes tersebut tidak dapat dibicarakan dalam tempoh terdekat.Namun katanya, plaintif bebas untuk memfailkan tindakan saman semula terhadap defendan.

Defendan diwakili peguam Nor Azli Ahamed. Mahkamah juga mengarahkan kos dibayar kepada defendan sebanyak RM2,000.Hrkh

2 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

tuan, itu copy dan paste dari harakah ke...terpaksalah aku tunggu 7 tahun untuk sahkan betul ke tidak berita tu.

KakRosmahKorang berkata...

encik kluangman, kalau enko terpaksa tunggu 7 tahun disebabkan source tu dari harakah....maknanya...every berita dari utusex...kene kali 7 ...hahhaha kena tunggu 49 tahun nak confirm betol ke fitnah...sempat mamposss

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....