Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 24 September 2012

Ketua pemuda Umno parah ditikam

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Ketua Pemuda Umno Kepong Datuk Norizan Ali parah ditikam dalam satu kejadian berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di sini kira-kira 3.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.

Isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.

Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.

“Semasa kejadian, saya dan anak perempuan berada di tingkat atas rumah apabila terdengar suara meminta tolong dan pintu pagar diketuk.

“Apabila keluar, saya dan Amalina (anak) amat terkejut apabila melihat suami terbaring di pagar dengan badan berlumuran darah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Roslinda berkata melihat keadaan suaminya yang tidak bermaya, anaknya yang berusia 19 tahun itu terus menghubungi polis serta ambulans dan Norizan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa.

“Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah,” katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menerima laporan kejadian pada 4 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu.

Beliau yang ditemui selepas melawat Norizan di hospital, berkata siasatan awal polis mendapati tiada barangan milik mangsa yang hilang dan siasatan lanjut mengenai motif kejadian hanya boleh diputuskan selepas mendapat keterangan daripada mangsa.

“Mangsa kini sedang menjalani pembedahan. Kita terpaksa tunggu sehingga beliau sedar untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya. — Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AL-FATIHAH BUAT TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN KEPONG.SEMOGA ROH AYAHNDA/// DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERIMAN . INSYAALLAH...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....