Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 19 September 2012

Syariat Islam Yang Luas Disempitkan Umno!

Ketua Penerangan PAS Terengganu yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama’ PAS Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh

SETIU - Perkara hukum-hakam, amalan dan perlaksanaan syariat Islam itu sebenarnya amat luas mencakupi seluruh kehidupan manusia akan tetapi, skopnya telah disempitkan oleh Umno.

Menurut Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, PAS menawarkan manifestonya berdasarkan syariat yang akan membawa kesejahteraan kepada hidup rakyat.

“Keberanian kita tampil untuk berdialog dengan rakyat secara terbuka adalah dalil keyakinan kita dengan apa yang ditawarkan di dalam manifesto. Samada ianya mengenai penyelesaian isu tanah, soal peluang pekerjaan, bekalan air percuma, hal-hal kebajikan hingga kepada cukai pintu dan kemudahan pendidikan… semuanya adalah demi kesejahteraan rakyat.”

“Kita mahu mewujudkan negeri yang baik dengan keampunan Allah yang dinaungi Syariat Islam! Sama sekali kita tidak akan berganjak dari matlamat yang paling agong ini. Bila kita sebut nak mendaulatkan syariat Islam, tuan-tuan jangan nampak ianya hanyalah hudud semata-mata! Syariat Islam terlalu luas, tapi telah disempitkan oleh Umno!”Ujarnya.

Beliau berkata demikian rakyat ketika berucap pada Program Dialog manifesto yang diadakan pada, Isnin malam, 17 September 2012 di Kampung Bari Besar, dekat sini.

Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama’ PAS menegaskan isu tanah dan Felda masih menjadi fokus kerana ia melibatkan kehidupan orang Melayu Islam.

Selain itu katanya, isu berkaitan tanah merupakan permasalahan yang masih membelenggu rakyat tanpa penyelesaian dan pembelaan pihak kerajaan khususnya di kawasan Setiu.

"banyak isu berkaitan tanah yang masih membelenggu rakyat Setiu tanpa penyelesaian dan pembelaan pihak kerajaan. Rampasan tanah di Pengkalan Merbau, isu rampasan tanah petani untuk dijadikan Mini Estate Padi di Jelapang, tanah RTB di Kampung Banggol, Permaisuri yang dipajak kepada pemaju udang adalah antara yang ditimbulkan,"katanya

Program tersebut turut dihadiri Ustaz Satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Terengganu, Ustaz Mohd Pauzi Muda, YDP Pas Setiu serta AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Naib Yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim berindak sebagai pengerusi sesi dailog, telah membuka ruang kepada hadirin untuk berhujah, mengemukakan persoalan dan pandangan.

Beliau berkata, menerusi majlis seumpama itu, PAS dapat mendengar dengan jelas suara rakyat yang mahukan perubahan.

"Suara rakyat dapat didengar dan semakin jelas inginkan penyelesaian konkrit serta jaminan bahawa PAS sebagai sebuah parti bagi kerajaan akan datang tidak akan mengulangi kesilapan sama yang dilakukan Umno,

"Dengan makna lain, mereka sudah tidak yakin Kerajaan Umno yang ada mampu melakukan pembelaan,"tambahnya.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....