Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 19 September 2012

Umno BN ‘meroyan’ isu Talam untuk rampas Selangor

KUALA LUMPUR 19 September: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memalukan Umno BN apabila menggunakan isu Talam Corporation Berhad (Talam) untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Ini berikutan kenyataan beliau mengatakan bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan Selangor dalam isu tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Muhyiddin telah dikelirukan oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mengenai pelan pungutan hutang Talam.

“Seluruh rakyat Selangor perlu tahu dalam pemerintahan Umno BN di Selangor dulu, Talam berhutang kepada tiga anak syarikat negeri iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebanyak RM28.2 juta, Pendidikan Industri Yayasan Selangor Bhd (PIYSB) sebanyak RM248.7 juta dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) berjumlah RM115.1 juta.

“Berjayakah Umno memungut hutang ini? Tidak! Umno gagal memungut walaupun tiga kali mencubanya iaitu pada 2005, 2007 dan 2008. Kegagalan ini mesti diberitahu kepada rakyat Selangor,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini semalam.

Dzulkefly yang dilantik sebagai jurucakap rasmi Kerajaan Selangor berhubung isu hutang Talam itu berkata, kerajaan negeri berjaya mengutip kembali hutang Talam melalui pelan yang dipanggil ‘Round-Triping’.

“Proses Round-Triping inilah yang tidak difahami oleh Tee Young, Mohd Zin dan Muhyiddin. Umno BN menuduh kerajaan Selangor membayar ‘bailout’ kepada Talam sebanyak RM392 juta bagi menyelesaikan hutang Talam,” jelas beliau.

Menurutnya, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh firma audit bebas KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) jelas bahawa kerajaan negeri tidak membayar walaupun RM1 kepada Talam, sebaliknya Talam telah melunaskan hutangnya bernilai RM392 juta kepada kerajaan Negeri.

Menurut Dzulkefly, Talam membayar RM340.89 juta dalam bentuk tanah dan aset iaitu tanah di Bukit Beruntung sebanyak RM150.28, Bestari Jaya (RM105.3 juta), Ulu Yam dan 60 peratus ekuiti saham dalam Ulu Yam Golf dan Country Resort dengan nilai RM22.2 juta.

Katanya, selain itu, tanah di Danau Putra seluas 134 ekar bernilai RM52,1 juta dan lima unit pejabat di Menara Pandan bernilai RM11.1 juta.

“Manakala selebihnya yang berjumlah RM51.12 juta pula dibayar dalam bentuk tunai itu RM12 juta dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 juta melalui ‘cash assignments’ dari EON, RM7.68 juta pula dari kerja ‘earthwork’ di Universiti Selangor (Unisel).

“RM9.04 juta diperolehi dari jualan 25,94 ekar tanah di Bukit Beruntung dan RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya,” kata Dzulkefly.KD

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....