Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 16 Ogos 2012

Dua Kawasan Maut Buat BN Di Terengganu

KUALA NERUS - Bendahari PAS Terengganu berkata PAS telah mengenal pasti dua kawasan ‘hitam’ bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang, iaitu kawasan parlimen Marang dan Kuala Nerus

Menurutnya laporan bahagian risikan menyatakan PAS mempunyai peluang yang cerah dan berupaya menguasai kedua-dua parlimen sekiraya kerja yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh petugas PAS.

Katanya, makluat tersebut adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh bahagian risiskan.

“Laporan yang dibuat oleh beberapa agensi risikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) melaporkan kekuatan Umno di Terengganu seimbang dengan PAS.

“Dua kawasan yang Umno lemah iaitu di Marang dan Kuala Nerus. Sebab itu, Najib (Perdana Menteri) kerap sangat datang ke Terengganu di kawasan Marang dan Kuala Nerus.

“Kita (PAS) kena gunakan peluang (laporan) ini untuk perkemaskan jentera kita dan menguasai pada pilihan raya akan datang, Insya’Allah,” jelasnya pada Majlis Iftar anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Tepoh, di Pusat Khidmat Dun Tepoh, Tok Jiring, 13 Ogos lalu.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kuala Nerus menyarankan agar kedua-dua kawasan tersebut dijadikan kawasan ‘maut’ buat Umno-BN Terengganu.

Justeru, katanya keempat-empat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kuala Nerus ini bakal dimenangi oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pengerusi MTD Tepoh, Ustaz Abu Bakar Abdullah serta Ahli Jawatankuasanya.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....