Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 2 April 2012

Tanpa penipuan, Pakatan selamat ke Putrajaya

SELAYANG, 2 April: Pakatan Rakyat yakin laluan mereka ke Putrajaya terbuka luas jika Barisan Nasional (BN) menyertai pilihan raya kali ini dengan bersih.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, sejak kebelakangan ini mereka mengesan semakin banyak penyelewengan yang dibuat oleh BN.

"Bayangkan lebih 390 buah rumah (alamat)dalam daftar pemilih SPR yang mempunyai pengundi lebih dari 100 orang dalam rumah berkenaan.

"Sudah tentu alamat ini digunakan untuk mendaftar pengundi luar di situ," kata Tian Chua kepada Harakahdaily.
 Beliau bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjumpa dengan pengundi Taman Daya dekat sini yang majoritinya adalah pengundi Cina.

Di majlis yang diadakan Sabtu lalu itu, Abdul Hadi merasmikan Dewan Himpunan Penyokong PAS di taman perumahan berhampiran (gambar).

"Memang pilihan raya umum kali ini adalah yang terbaik untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya namun pelbagai penyelewengan yang kita mula kesan menyebabkan kita bimbang," kata beliau.

Terdahulu ketika berucap di majlis yang diadakan di Padang Awam, Taman Daya itu, Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib berkata, mengikut maklumat yang beliau terima sokongan pengundi Cina terhadap Pakatan sudah boleh mencecah 90 peratus.

Ini menyebabkan Umno sangat risau kedudukan mereka dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS di Dun Taman Templer, Mohamad Abdul Rahman menang di peti undi Taman Daya yang mempunyai majoriti pengundi Cina itu.

"Apabila Cina, India dan Melayu bersatu, inilah yang ditakuti oleh Umno," kata Zaidi.

Bagi beliau, pengiktirafan pelbagai pihak bahawa pentadbiran kerajaan negeri Selangor adalah yang terbaik di negara ini semakin menyusahkan Umno.

"Kita ada treck record yang baik di Selangor. Pentadbiran Selangor yang terbaik," kata Zaidi di majlis itu.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kelantan adalah negeri paling selamat untuk Pakatan Rakyat manakala Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor adalah yang ketua kerajaan terbaik di negara ini.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....