Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 17 Mac 2012

Penjelasan Presiden Sebab Pas Tidak Bersama Umno

Dalam ucapannya ketika hadir majlis makan malam bersama pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat malam tadi, Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan jelas kenapa PAS tidak bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk oleh parti nasionalis itu beberapa kali.
 
Abdul memberikan alasan, sejak PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 lagi sebagai sebab mengapa PAS tidak boleh bersama dengan Umno.

 "Apabila PAS memerintah Kelanta, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan capitation grant kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera PAS.

"Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

"Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India...bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.

"Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah," kata Abdul Hadi mendedahkan tembelang Umno yang sebenarnya.

Bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja.

Ustaz Abdul Hadi juga membangkitkan hubungan PAS dengan Umno dalam kerajaan persekutuan ketika PAS menyertai BN akibat peristiwa 13 Mei 1969.

Ia pula dibuat hasil dari satu keputusan yang dicapai dalam satu muktamar khas yang dianjurkan oleh PAS.

"Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku.

"Hasilnya PAS ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila PAS ditendang keluar dari BN.

Beliau menjelaskan isu itu panjang lebar selepas ditanya oleh salah seorang peserta majlis makan malam itu kenapa PAS tidak bersama dengan Umno padahal Umno bertalu-talu berusaha mahu bersama PAS.Hrkh

2 ulasan:

hussin berkata...

peserta yang bertanyakan soalan itu telah dibekalkan soalan berkenaan. penjelasan hadi bab layanan umno kepada kerajaan kelantan dan menarik balik royalti minyak terengganu tidak seiring dengan apa yang berlaku selepas pru 12. kenapa hadi jumpa paklah? turut bersama beliau nasharudin mat isa dan mustafa ali. apa tujuan berbincang dengan paklah? untuk selamatkan paklah dari najib? sejak bila pas berperanan untuk menyelamatkan presiden umno yang hendak dijatuhkan oleh partinya sendiri - musuh ketat pas?

kenapa soalan tersebut tidak diikuti dengan kenapa bertemu engan umno dalam gelap? apa tujuan kerajaan perpaduan (unity government)? bila perjuangan pas dikaitkan dengan bangsa? bukankah hujah hadi untuk berbincang dengan umno adalah kerana melayu-islam, islam-melayu?

apakah penanya berpuas hati? adakah hadirin berpuas hati? bukankah ada tawaran jawatan di putrajaya?

apa yang hadi nak sembunyikan? semuanya bukan rahsia lagi. penanya disediakan solan untuk menonjolkan hadi bahawa kerajaan perpaduan sudah tutup. kita dapat saksikan bagaimana isu ni tutup-buka, tutup-buka? ia menggambarkan kelemahan dalam kepimpinan pas yang diketuai hadi. maaf, bukan menghina tok guru, tapi kebenaran perlu dikatakan. tok guru telah gagal memacu pas ke depan selepas pru12. apa yang berlaku pas macam bas buruk yang terhegeh2 dalam semua tindakan berpunca dari pertemuan dalam gelap. isu 'liberalisme, erdogan, anwaris dan parasit' muncul akibat pertemuan dalam gelap! mahu nafikan?

wallahu'alam

Alimasoud berkata...

Setuju dengan apa yang ditulis oleh Hussin, sekalipun kita sentiasa wala pada pemimpin tetapi yang benar tetap benar dan salah tetap salah. layman spt saya mendengar kisah kisah keagunan sejarah Islam juga sebagai pedoman.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....