Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 15 Mac 2012

Bubar Parlimen selepas pertabalan Agong ?

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April nanti.

Beliau berkata ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu.

"Banyak intepretasi undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lepas telah tamat.
  
"Ada yang berpendapat apabila Agong belum ditabalkan, jadi tak boleh  bubar Parlimen. Pada saya ini adalah pandangan peribadi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahan pada 11 November 2011.
  
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam  Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah satu formaliti dalam proses peralihan kuasa ketua negara.
  
Beliau berpendapat apabila Yang di-Pertuan Agong baru sudah dilantik dan menduduki takhta berkenaan, satu penyerahan kuasa telah berlaku.
  
"Sekiranya tidak, Agong yang baru dilantik tidak boleh berada di situ  dan tidak boleh digelar Yang di-Pertuan Agong.
  
"Berkenaan sama ada Perdana Menteri boleh menasihatkan Agong  untuk membubarkan (Parlimen), itu tidak timbul masalah," katanya.
  
Pembubaran Parlimen sebelum Yang di-Pertuan Agong ditabalkan tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Shamrahayu. - Bernama

2 ulasan:

kluangman berkata...

Pembangkang di Malaysia memang tak ada kuaaliti, semua benda di bangkangnya sekadar mencari isu dan publisiti parti bukan demi rasional dan kepentingan rakyat majoriti.

Setiap kali ceramah mereka mendakwa mendapat sokongan rakyat dan terlalu yakin ke putrajaya tetapi pada masa yang sama mereka takut dengan bayang2 sendiri.

Tanya pembangkang, antara 'telur' dengan 'ayam' - mana yang datang dulu.

Tanpa Nama berkata...

ada soalan yang paling best daripada soalan telur dengan ayam.
kalau undi pas masuk syurga, undi DAP masuk syurga jugak ke?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....