Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 8 Mac 2012

MB Kedah tak hilang kuasa: Mahfuz


ALOR SETAR - Pas Pusat belum membincangkan mekanisme penubuhan Jawatankuasa Pemandu di Kedah, seperti diumumkan parti itu, Isnin lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan parti itu, Isnin depan di Kuala Lumpur.

“Kita belum adakan apa-apa mesyuarat selepas sidang media mengumumkan keputusan kemelut Exco Kedah. Setakat ini, kita bercadang memasukkan ia dalam agenda mesyuarat bulanan Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pihak luar perlu memahami dengan jelas peranan dan fungsi Jawatankuasa Pemandu sebelum membuat spekulasi, konon ia antara usaha untuk mengurangkan kuasa mutlak Menteri Besar.

“Jawatankuasa ini hanya untuk membantu ahli dan pemimpin Pas yang dilantik dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, daripada Menteri Besar hinggalah anggota Exco. Ia bertindak sebagai menasihatkan pemimpin bukannya dalam urusan pentadbiran,” katanya.

Menurutnya, penubuhannya bertujuan untuk melancarkan kepimpinan negeri dan tidak sesekali bertujuan mengurangkan kuasa eksekutif pimpinan tertinggi kerajaan negeri.

Menurutnya, ianya bukan mesyuarat khas bagi membincangkan penubuhan jawatankuasa itu, sebaliknya pelbagai agenda lain juga akan dijadikan tajuk perbincangan.

“Jangan pula ada andaian konon wakil Jawatankuasa Pemandu akan berjumpa Azizan dalam masa terdekat untuk bincang hal berkaitan, sebab ianya belum diwujudkan, macam mana sudah ada wakil,” katanya.SH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dato Mahfuz Omar kena faham,hilang atau kurang kuasa MB Kedah bukan persoalan.Dengan (akan)diujudkan Jawatankuasa Pemandu untuk Kedah bermakna :"ada sesuatu yang tak kena pada Azizan Razak" sehingga memerlukan "pemandu"(panduan).Siapa yang akan dipilih untuk menganggotai jawatankuasa ni,juga tidak penting.Damage Control yang berupa sementara ni tidak menyelesaikan masaalah pokok.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....