Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 21 Februari 2012

Pakatan Rakyat sandar undi Melayu rampas Negeri Sembilan

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan akan memberi tumpuan untuk memenangi hati pengundi Melayu bagi memastikan usaha mereka mengambil alih pemerintahan negeri menjadi kenyataan.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, Anthony Loke berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya menjadikan tiga kawasan Parlimen majoriti Melayu iaitu Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin sebagai sasaran.

“Kita jadikan tiga kawasan ini sebagai sasaran kerana di kawasan bandar seperti Seremban, Rasah dan Port Dickson, tiada masalah besar bagi PR untuk mendapat sokongan,” katanya ketika mengunjungi pejabat Sinar Harian di sini, semalam.

Turut serta dalam kunjungan itu, Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrin Abbas; Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani; Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Dr Rosli Yaakop dan Adun Ampangan, Rashid Latiff.

Anthony yang juga Ketua Pemuda DAP dan Adun Lobak berkata, sokongan pengundi di tiga kawasan majoriti Melayu itu akan menjadi penentu sama ada PR mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Memang kita perlukan sokongan semua kaum tetapi sokongan pengundi Melayu sangat penting bagi kita kerana 60 peratus rakyat Negeri Sembilan adalah orang Melayu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.
Anthony berkata, di kawasan bandar, meskipun bermajoriti Melayu iaitu 60 peratus, namun hanya 52 peratus yang berdaftar sebagai pengundi.

“Daripada kajian, UMNO memang mempunyai kelebihan untuk mendapat undi Melayu namun parti komponen BN yang lain menjadi liabiliti untuk mereka, terutama pengundi Cina.“Ini juga diakui oleh BN sendiri yang sedar mereka bermasalah besar untuk mendapat undi Cina, bukan saja di kawasan DAP malahan juga di kawasan PKR dan Pas,” katanya.

Sehubungan itu, kata Anthony, sebagaimana PR bergantung kepada undi Melayu untuk menumbangkan BN, BN pula terpaksa bergantung kepada undi bukan Melayu untuk mengekalkan kuasa.

Pada pilihan raya umum lalu, PR menguasai 15 daripada 36 kerusi yang ditandingi, satu pencapaian paling besar oleh pembangkang dalam sejarah Dun negeri itu.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....