Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 14 Februari 2012

Israel: Dewan Ulamak sokong pendirian Mursyidul Am

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti mana yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) atau bertindak menyaman majalah itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr. Khairuddin Razali menyatakan pendirian itu ketika mengulas kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am yang dikeluarkan semalam.

“Kenyataan ini adalah bukti yang jelas bahawa PAS tetap akan menyuarakan pandangannya dan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak apabila membicarakan tentang isu-isu prinsip Islam.

“PAS tidak akan menjual prinsipnya dalam memperjuangkan Islam,” ujar beliau ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh turut menyatakan sokongan tegas yang sama kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz itu.

Menurutnya, Dewan Ulamak akan terus bertegas mempertahankan isu Palestin sebagai prinsip utama perjuangan membela rakyat negara itu.

Semalam, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipetik berkata, “Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.”Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....