Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 10 Februari 2012

PAS tetap utuh biar pun ada pemimpin keluar parti

KOTA BHARU, 10 Feb: PAS tetap utuh biar pun ada segelintir pemimpin kanan parti itu meninggalkan PAS kata Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob.

PAS pernah kehilangan pemimpin termasuk bekas Yang Dipertua, Tan Sri Mohd Asri Muda, bekas Naib Yang Dipertua, Datuk Nakhaie Ahmad. Dan terbaru pula bekas Naib Presiden, Datuk Dr Hassan Ali.

Beliau berkata, biar pun PAS kehilangan beberapa tokoh yang pernah memimpin parti, namun organisasi parti tidak terjejas, malah terus mantap.

Malah katanya ketika Asri meninggalkan PAS, hanya beberapa orang sahaja yang mengikut jejak langkahnya.

“Situasi keluar masuk dalam parti merupakan perkara biasa yang pernah berlaku, namun ia melibatkan bilangan yang kecil sahaja.

“Oleh itu program mengimbau kembali jatuh bangun perjuangan PAS begitu penting diadakan bagi membolehkan golongan muda mengetahui lebih dekat sejarah lama,” katanya pada persidangan media selepas perasmian Seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Kelantan di Pondok Pasir Tumbuh, hari ini.

Menurutnya program seumpama itu bukan pertama kali diadakan, malah pernah dianjurkan sambutan 10 tahun dan 15 tahun pentadbiran PAS di Kelantan sebelum ini.

Beliau juga berkata, program tersebut diadakan sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Sebelum itu ketika merasmikan seminar berkenaan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pihak sekular yang diketuai Umno berusaha merampas balik negeri ini pada pilihan raya umum nanti.

“Perlu diingatkan usaha tersebut dilakukan kemungkinan besar mahu mengembalikan Kelantan pada era lampau.

“Sudah tentu kemungkinannya akan dihidupkan semula amalan riba yang sudah kita tukar sejak 1990. Sedangkan rakyat sudah menerima usaha yang kita lakukan,” ujarnya.

Sebanyak empat kertas kerja dibentang pada seminar berkenaan, di mana kesemuanya dibentang veteran PAS termasuk Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Datuk Omar Mohamad, Ustaz Ashaari Awang dan Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Sebanyak 11 ekor lembu dikorbankan bagi jamuan peserta dari PAS-PAS kawasan yang hadir. Malam ini pula akan diadakan ceramah umum.Hrkh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dulu PAs pernah berkata bahawa perempuan tak layak diangkat jadi pemimpin, kalau dulu PAS berkata haram bekerjasama dengan bangsa asing, kalau dulu pernah berlaku dua iman disebabkan perbezaan parti ...dan semuanya telah bertukar arah dan tujuan demi menghalalkan cara maka semua ini boleh diguna pakai....PAS bukan sesat tapi orangnya sesat.....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....