Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 7 Januari 2012

Ceramah Perasmian Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk

Antara sebahagian yang hadir

HULU TERENGGANU - Amanah yang paling besar adalah menunaikan perintah Allah SWT dengan mendaulatkan Syariat-Nya sebagaimana yang pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III)

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata perintah tersebut pernah dilaksanakan di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) melalui undang-undang “Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk”.
Menurutnya, undang-undang tersebut -undang Tubuh Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911, menyambung apa yang tercatit di ‘Batu Bersurat’ yang bertarikh tahun 700 Hijrah dan bersamaan 1100 masihi yang dijumpai di Kuala Berang.

“Kita (PAS) sedang menyambut 100 tahun “Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk” yang bermaksud ketekunan dan ketelitian Raja-raja bagi mengadilkan perangai dan akhlak.

“Adalah Undang-undang Diri bagi negeri Terengganu yang digubal dan diluluskan pada tahun 1911.

“Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk dan Batu Bersurat adalah menunaikan amanah dan yang terbesar dalam menunaikan amanah itu ialah menunaikan perintah Allah Ta’ala. Bagi mendirikan kerajaan yang mendaulatkan Syariat Allah SWT, yang ditunaikan oleh Nabi-nabi dan Rasul,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perasmian Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.
Antara pimpinan lain yang berucap adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Menurutnya, kedatangan Islam ke alam Melayu pula bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah atau Islam baka dan keturunan.Namun, katanya kedatangan Islam ke alam Melayu ini adalah Islam orang, negara dan kerajaan sekaligus.

“Ini (Islam) bukan main-main. Para pendakwah Islam yang datang ke alam Melayu bukan Islam sekadar mengucap dua kalimah syahadah, bukan Islam yang didaftarkan di Pejabat Agama, bukan sekadar Islam baka dan keturunan. Islam yang dibawa ke alam Melayu adalah Islam orang, Islam negara dan kerajaan.

“Maka, hukum Islam diamalkan. Di atas ‘Batu Bersurat’ dicatit undang-undang jenayah, undang-undang hudud, undang-undang muamalat yang disebut dalam al-Quran dan Hadis SAW. Diamalkan di Melaka dan di negeri-negeri Islam di alam Melayu ini,” jelasnya dihadapan hampir 10,000 hadirin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa ‘hilangnya’ amanah tersebut setelah didatangan penjajah menakluk negeri-negeri orang Islam.

Waktu itu, katanya penjajah barat datang dan menakluk negeri dengan kelemahan orang Islam sendiri di seluruh dunia.

“Hilangnya semua amanah (syariat Islam) ini apabila datangnya penjajah. Penjajah barat datang dan menakluk negeri dengan kelemahan orang Islam di seluruh dunia.

“Mereka (penjajah) lagakan orang Islam dan pecahkan orang Islam. Pecahkan bangsa-bangsa orang Islam dan mereka (penjajah) berjaya menakluk dan menjajah negara orang Islam. Sejak itulah Islam tidak berdaulat dan berkuasa lagi,” ujarnya.

Ustaz Abdul Hadi menjelaskan perkara tersebut melalui ayat-ayat Allah yang diterangkan dalam Surah an-Nisa’ yang membawa maksud penegasan dari Allah SWT.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....