Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 18 Disember 2012

PKR bongkar bekas pegawai tinggi polis miliki 10 aset rumah

PETALING JAYA 18 Dis: KEADILAN hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.

Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.

“Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka,” katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan berasal dari Melaka.

Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pegawai tersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Miharja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama.

“Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah. Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai tinggi polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah,” kata Yahya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

“Justeru, kita mintak penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut,” sambung beliau.Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.

“Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti,” jelas Yahya.KD

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....