Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 20 Disember 2012

Gambar : Lagi Artis Terkenal Di Program Pakatan Rakyat


Seorang pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi.

Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.

Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.


Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.

Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie.

Bagaimanapun samada beliau akan turut menjejaki rakan artisnya Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat masih belum dipastikan lagi.

Apapun sebagai rakyat Malaysia beliau berhak untuk memilih apa saja parti politik yang ada di Malaysia ini untuk disokong olehnya.Gambar dari : @rafiziramli 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Balik2 guna taktik basi ni......saje je buat majlis2 mcm ni.... lepas tu panggil orang yg dikenali ramai untuk bergambar.....nak kata orang tu menyokong mereka......ini memang pr biasa buat......dah tahu lama dah.....kesian pencacai kat luar sana tu yg selalu kena tipu......

Pelatuk berkata...

Tak hairan kalau artis jumpa dan masuk parti PAS dan PKR malah DAP sekalipun. Yg ditakuti adalah pemimpin parti berkenaan menjadi artis!!!
Lagipun kalau tanya artis tsb dia akan jawab nak sucikan diri, dah sedar dll, semua seolah-olah Islam tu kat PAS.
Sepatutnya mereka yg sedar berbalik kepada AlQuraan dan Sunnah. kalau lihat zaman nabi, yg murtad tak pula masuk parti PAS...Au`zubillah.

Tanpa Nama berkata...

jelas sekalikan.
pr hidup dan terusan hidupnya dengan sekadar persepsi.ia sangat diutamakan sebagai senjata mereka. terserlah dimana2 media sebaran dan jadi satu agenda persepsi mengalahkan fakta.

kebenaran bukan penting sangant kat pas.

1398 aiuest

Tanpa Nama berkata...

nk tanya sket...boleh ker sucikan diri kalau masuk UMNO...ko jwb dlm hati je la..kalau malu sgt..dan minta tolong sangat laa...tolong la support sket ulama muda korang si FB tu...kesian aku tgk, ceramah agama di tgh2 bandar, aku sangka tgh2 hutan...cz 10 org je yg hadir...xminatnye sgt korang ni dgn ceramah agama...fikir waras sket jgn fikir pakai kepala lutut...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....