Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 14 Disember 2012

Fitnah : Mahkamah Arah Utusan Bayar Karpal RM 50,000

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Mahkamah Tinggi hari ini menganugerahkan RM50,000 kepada Karpal Singh dalam bentuk ganti rugi setelah mendapati Utusan Malaysia memfitnah beliau dalam artikel pada tahun 2008 dimana akhbar tersebut mengatakan pengerusi DAP itu menolak Islam.

Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, semasa membaca hujah penghakimannya berkata, walaupun akhbar berbahasa Melayu itu sudah menarik balik dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam selepas penerbitan, artikel itu menimbulkan rasa benci orang ramai kepada Karpal (gambar fail).

Beliau berkata, tarikh penerbitan artikel tersebut pada 25 Ogos, 2008 — sehari sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan disiarkan oleh media arus perdana itu menunjukkan ia “berniat jahat”.

“Pada pandangan plaintif, sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), dan pada masa artikel itu diterbitkan, ia dilihat sebagai cuba merosakkan peluang kemenangan,” kata hakim tersebut.

Karpal  memfailkan saman RM10 juta kepada Utusan Malaysia pada 2008, dengan berkata kenyataan beliau disalah tafsir dalam artikel yang ditulis oleh pengarang berita Zulkifli Jalil.

Dalam artikel “DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu” berdasarkan kepada ucapan Karpal pada Konvenyen Nasional DAP ke 15 pada tahun itu dimana Zulkifli sengaja mengatakan ahli politik tersebut menolak Islam sebagai agama Persekutuan.

Semasa perbicaraan, didapati bahawa Zulkifli tidak berada di dalam konvensyen tersebut.Semasa sesi soal jawab, wartawan itu mengaku pada ketika itu, beliau mengandaikan “menolak negara Islam” dan “menolak Islam sebagai agama Persekutuan” membawa maksud yang sama.

Hakim Nik Hasmat menganggap ini adalah “kewartawanan tidak berhemah”, dengan berkata akhbar tersebut tidak memeriksa kebenaran artikel sebelum menyiarkannya.Beliau berkata akhbar tersebut perlu bertanggungjawab dan mempunyai etika kewartawanan.

“Tidak seharusnya ada kewartawanan tidak berhemah dengan tidak memeriksa kebenaran, penulis juga tidak menyemak ketulenan sumbernya, dan bergantung kepada artikel yang ditemui pada Mingguan Malaysia,” katanya merujuk kepada edisi minggu Utusan Malaysia.

Hakim itu berkata, akhbar tersebut membuat pembetulan pada keesokan hari, walaupun dianggap “memohon maaf dengan ikhlas”, artikel tersebut adalah “sensitif” dan merosakkan kedudukan Karpal di mata rakyat.

“Malaysia adalah sebuah negara yang majoritinya beragama Islam, walaupun berbilang kaum, tetapi majoritinya negara ini beragama Islam,” katanya lagi.

Hakim Nik Hasmat juga membuat kesimpulan dengan melihat semua pertimbangan, beliau mendapati adalah munasabah untuk menganugerahkan Karpal RM50,000 sebagai ganti rugi dengan empat peratus kadar faedah setahun sehingga selesai, dan berjumlah RM20,000.
Dia bagaimanapun tidak membenarkan Karpal memohon untuk saman malu dan saman.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....