Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 11 November 2012

Video : Warga emas mengamuk dalam ceramah Azmin Ali




Ceramah Jelajah Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali ke Negeri Johor di mana jadual program beliau singgah di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat. Kampung ini khabarnya merupakan kubu kuat Umno.

Apa yang ingin yang ingin dikongsikan di sini ialah, salah satu kejadian yang berjaya dirakamkan oleh lensa kamera di mana seorang warga emas penduduk tempatan mengamuk ketika Azmin Ali sedang memberikan ucapan.

Warga emas ini begitu emosional ketika Azmin menyentuh tentang isu Talam di mana berlaku pemberian berpuluh ribu ekar tanah oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Mohamad Taib kepada tauke cina Tan Ah Chai dan melibatkan kerugian kepada kerajaan negeri apabila tauke cina itu tidak membayar premium.

Warga emas itu tiba-tiba tanpa dijangka meninggikan suara menyebut "Sama dengan Batu Pahat, penyangak semua di pejabat tanah!" sehinggakan Azmin terpaksa menenangkan beliau dan memintanya bersabar.

Namun beliau terus meninggikan suara lagi mendakwa dirinya juga merupakan salah seorang mangsa penipuan perihal tanah ini. Bagi menenangkan beliau Azmin terpaksa berseloroh dengan menawarkan microfon kepada warga emas itu.MiloSuam

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak cerita bab tanah dirampas tu ..PAS pun 2 X 5 juga weh..rampas tanah rakyat kat Gua Musang..malah tanah orang asli pun dia sapu bubuh nama Ladang Rakyat tapi Cina yang punya...sama-sama penyangak kok?

Tanpa Nama berkata...

Tu dia. cyberterompah cuba mencari rezeki haram dgn komen pertama.

Tanpa Nama berkata...

Beb, bukan ke Gua Musang tu area orang UMNO.....??

Tanpa Nama berkata...

Biasa la.. Umngok ni depa selalu dok ingat pihak lawan seropa perangai penyamun macam depa..

Tanpa Nama berkata...

dah koje ahli neraka macam tu le..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....