Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 25 November 2012

Anak Kristian antara sertai khatan beramai-ramai

Kanak-kanak yang akan dikhatamkan di Kajang Utama. Salah seorang dari mereka adalah anak Kristian- foto Teo Nie Ching
Kanak-kanak ini berpeluang mandi dalam kolah sebelum mereka dikhatamkan - foto Teo Nie Ching

SHAH ALAM: Musim cuti sekolah datang lagi dan aktiviti yang paling popular sepanjang musim ini adalah kenduri kahwin dan berkhatan.

Khatan biasanya majlis biasa untuk orang Islam tetapi sejak adanya Pakatan Rakyat dan kerjasama baik antara PAS dan DAP ia telah menjadi majlis bersama.

Majlis khatan yang selama ini asing bagi orang bukan Islam menjadi majlis yang sangat menarik bagi mereka.

Yang paling sibuk dan sangat teruja dengan majlis ini adalah para wakil rakyat bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Hari ini, sekurang-kurangnya dua wakil rakyat bukan Islam dalam Pakatan Rakyat meraikan rakyat di kawasan mereka dalam majlis berkhatan beramai-ramai.

 Anggota Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching meraikan 22 kanak-kanak berkhatan beramai-ramai di Surau Kajang Utama hari ini.

Salah seorang dari mereka adalah kanak-kanak dari keluarga Kristian di kawasan berkenaan yang turut mahu dikhatankan.Beliau menyaksikan bagaimana kanak-kanak ini diarak dan dimandikan sebelum dikhatankan.

Yang menariknya, kanak-kanak ini berpeluang mandi di dalam kolah yang biasa digunakan untuk berwuduk.

Dr Xavier Jayakumar, Adun Seri Andalas yang juga Exco Selangor juga meraikan kanak-kanak yang hendak di khatankan di kawasan beliau.Beliau meraikannya di Sungai Kandis.

Teruja

Teo Nie Ching ketika dihubungi Harakahdaily sangat teruja dengan apa yang berlaku. Beliau terasa dihormati dan kini dapat memahami dengan jelas apa yang dinamakan khatan itu.

"Saya sangat teruja dengan apa yang berlaku. Sebelum ini, saya tidak tahu apa yang dikatakan khatan, sekarang saya faham dengan baik," katanya.

Tahun ini adalah yang pertama kali beliau menerima jemputan merasmikan majlis berkhatan sebegini. Majlis di Kajang Utama adalah yang kedua bagi beliau.

"Mungkin sebelum ini saya belum kahwin, jadi mereka mungkin segan mahu jemput," kata beliau yang baru selamat melahirkan cahaya mata yang pertama tahun ini.

Yang paling membanggakan Nie Ching adalah perhubungan antara parti-parti Islam dan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat telah menyebabkan perkara ini berlaku.

"Dengan adanya Pakatan, hubungan antara Islam dan bukan Islam sangat baik dan kita dapat memahami Islam dengan lebih mendalam lagi. Ini bagi saya sangat baik untuk negara kita," katanya.

Yang menarik juga, ada anak-anak Cina dan Kristian yang turut berkhatan, beritahu Nie Ching.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....