Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 11 Oktober 2012

Mat Indera : Perbicaraan Kes Mat Sabu lwn Utusan

PULAU PINANG: Perbicaraan kes fitnah yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu ke atas Utusan Malaysia mendedahkan banyak perkara baru yang boleh dilihat dakwaan pihak penjajah British bahawa Mat Indera adalah seorang komunis adalah sangat-sangat diragui.

(Dr Karl Hack yang dibawa Utusan untuk mempertahankan dakwaannya)

Pada perbicaraan yang berlangsung pada hari isnin dan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pihak Utusan nampaknya bersungguh untuk mempertahankan dakwaan dan tuduhan bahawa Mat Indera adalah seorang komunis.

Mereka memanggil seorang ahli sejarah kelulusan Universiti Oxford, Dr.Karl Hack untuk membantu dakwaan itu.

Dalam keterangannya saksi orang Inggeris tersebut mendakwa berdasarkan rujukan beliau dari keterangan Mat Indera yang diberikan kepada polis British pada tahun 1950, beliau berpendapat Mat indera adalah seorang komunis.

Perbicaraan tersebut menjadi panas apabila peguam Mat Sabu, Hanipa Maidin mempertikaikan pendapat Dr Hack.

Ketika menyoal balas saksi tersebut, Hanipa mempersoalkan bahawa bukan di dalam tugas dan skop bidang beliau untuk menentukan ideologi seseorang termasuk Mat Indera, namun saksi menolak saranan Hanipa tersebut.

Hanipa menyatakan "Dr Karl Max (maaf saya maksudkan Dr Karl Hack), saya katakan bahawa bagi menentukan sama ada seseorang seperti Mat Indera sebagai komunis atau tidak, tidak cukup untuk anda sekadar memahami ideologi komunis, anda juga perlu tahu tentang Islam khususnya ajaran islam tentang sikap orang Islam terhadap penjahan?"

Saksi menjawab "bagi saya tidak perlu".Hanipa menyatakan hanya kerana Mat Indera bersama Partai Komunis Malaya, tidak semestinya beliau adalah seorang komunis kerana pada masa itu tahun 1950 semua pertubuhan selain Umno telah diharamkan.

(Hanipa mengiringi Mohamad Sabu)

Hanipa bertanya "setuju pada masa itu semua organisasi yang melawan British telah diharamkan kecuali Umno?"

Saksi bersetuju.

Hanipa menyoal "Setuju dengan saya Mat Indera hanya menggunakan platform PKM untuk memerangi British kerana pada masa itu pertubuhan-pertubuhan lain kecuali Umno diharamkan British.

"Adakah anda tahu dalam Islam adalah wajib bagi orang Islam melawan penjajah dan bagi tujuan itu mereka dibenarkan bersama-sama dengan mana-mana pihak yang lain termasuk dengan pihak bukan Islam yang juga mempunyai tujuan yang sama?"

Dr Hack menjawab "Mengapa beliau (Mat Indera) tidak guna cara lain, Mat Indera menyokong revolusi dan istilah revolusi adalah istilah komunis."

Hanipa lantas bertanya "Bagaimana pula revolusi Iran, adakah ia juga komunis?"Hakim Datuk Seri Zakarian Sam juga bertanya saksi "bagaimana pula revolusi Perancis?
Saksi akhirnya mengakui dia tersilap.

Peguam Utusan Datuk Hafarizam Haron pula membantah tindakan Hanipa mempersoalkan krebiliti laporan Dr Hack dan menyatakan jika Hanipa ingin menyatakan bahawa Mat Indera adalah bukan komunis kerana menentang penjajah beliau perlu panggil saksi pakar dia iaitu ulama Islam bagi memberikan pendapat tentang hukum menentang penjajah.

Hanipa menjawab "Yang Arif, kita tidak perlu panggil ulama untuk beritahu perkara yang jelas, orang Islam perlu tahu mementang penjajah yang datang menjajah negara kita adalah satu jihad yang wajib.
"Maka tidak perlu panggil ulama untuk perkara itu."

Saksi juga mengakui bahawa beliau tidak mengambil maklumat tentang bagaimana kenyataan Mat Indera kepada pihak Polis British diambil dan samada ada unsur ancaman, ugutan dan pujukan.

Beliau juga bersetuju beliau juga tidak merujuk kepada pendapat pakar sejarah yang lain yang mengatakan Mat Indera adalah bukan seorang komunis.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....