Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 29 September 2012

Video & Gambar : 2000 Umat Islam Terengganu Bantah Hina Nabi






KUALA NERUS - Hampir 2000 umat Islam dari qaryah berhampiran Masjid Batu Enam dekat sini, menunjukkan kemarahan mereka terhadap penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW khususnya ditujukan kepada filem anti-Islam ‘Innocence of Muslims’.

Mereka berhimpun sebaik selesai menunaikan solat Jumaat, 28 September, bermula jam 2.00 petang dan bersurai 30 minit kemudian, secara aman.

antara pemimpin PAS yang hadir dan berucap pada himpunan itu adalah, Timbalan Pesuruhjaya 3 Dr Alias Razak, Bendahari M.Shukrimun Shamsuddin, Timbalan Ketua Pemuda Ustaz Ridhuan Hashim dan Ketua Penerangan Pemuda Negeri, Sheikh Hanafi Abdul Aziz.

Shukrimun yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, memberi peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba melakukan perbuatan menghina Nabi saw dan agama Islam akan ditentang oleh umat Islam seluruhnya.

Ini kerana, katanya setiap orang Islam yang cintakan Allah swt dan Nabi Muhammad saw tidak akan membiarkan Islam dihina dan dicerca.

Menurutnya, Islam mengajar penganutNya sayang kepada Allah dan rasul lebih dari yang lain termasuk nyawa dan ahli keluarga sendiri.

“Kita ingin beri peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba menghina Nabi saw. Mereka (yang melakukan) akan ditentang oleh umat Islam di seluruh dunia.

“Kita (umat Islam) diajar oleh agama Islam supaya mencintai dan menyayangi Allah dan RasulNya lebih dari yang lain, lebih dari nyawa dan ahli keluarga kita sendiri,” ujarnya ketika berucap pada Perhimpunan Aman Membantah Filem ‘Innocence of Muslims’ yang menghina Nabi Muhammad saw di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, 28 September lalu.
Menurutnya, jika Islam ‘berkuasa’ tidak akan membiarkan mana-mana pihak sekali pun melakukan perbuatan tersebut tanpa ‘hukuman’ yang setimpal dan menyokong penuh tindakan berani mana-mana pihak yang menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menghukum pengkhianat terbabit.

Dr Alias Razak selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan terbabit, menyifatkan keberanian pihak yang menghina Nabi saw dan agama Islam kerana kelemahan umatnya.

Katanya, apabila umat Islam masa kini ‘lemah’ maka musuh semakin berani melakukan penghinaan terhadap Allah dan RasulNya.

“Kita (PAS) tidak sesekali membiarkan Nabi saw dan agama Islam ini dihina dan dicerna oleh musuh-musuh Islam.

“Hari ini, kita (umat Islam) bersatu bukan sahaja menentang musuh Islam di luar termasuk dalam Negara kita sendiri.

“Syariat Islam dipermudahkan, hukum Islam (hudud) diperlekehkan oleh pemimpin negara kita (Malaysia) sendiri, ulama-ulama’ kita (PAS) dihina dan dicaci. Ini juga yang patut kita tentang,” tegasnya.

Ustaz Ridhuan Hasyim yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus menggesa umat Islam bersatu menentang kemungkaran termasuk yang berlaku dalam negara ini.

Katanya, Islam dihina kerana agama tersebut tidak berdaulat meski pun negeri ini diperintah oleh pemimpin umat Islam.

“Saya menyeru kepada umat Islam di seluruh negara supaya bersatu menentang kemungkaran. Kita (umat Islam) kena ingat kemungkaran paling besar kerana tidak melaksanakan syariat Islam.
“Islam dihina, dicerna dan dipermainkan hari ini kerana agama (Islam) ini tidak berdaulat sekali pun diperintah dan ditadbir oleh pemimpin yang mengaku Islam,” ujarnya.

Oleh itu, kata beliau, menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam di negara ini menukar serta membuat perubahan kepada kerajaan yang memerintah.

Desak Putus Hubungan Diplomatik

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Sheikh Muhammad Hanafi menggesa kerajaan Malaysia menarik balik duta-duta yang berada di luar negara yang menghina Nabi saw.

Menurutnya, perbuatan menghina Nabi saw dan umat Islam bukan perkara baru malah sering kali berlaku dan tidak ada tindakan tegas dari kerajaan di negara umat Islam.

“Perbuatan menghina Nabi Muhammad saw dan umat Islam bukan baru tapi telah lama berlaku dan sering kali berulang perkara yang sama oleh musuh Islam.

“Sehingga hari ini hanya atas nama Pemuda Umno yang mengambil sikap menentang dan kerajaan Malaysia masih belum bertindak tegas.

“Kita (PAS) desak supaya kerajaan Malaysia tarik balik Duta-duta dan diplomatik kita (Malaysia) yang berada di negara yang menghina Nabi saw dan umat Islam,” tegasnya di hadapan 2000 peserta demontrasi tersebut.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....