Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 18 September 2012

Puluhan ribu sertai Ustaz Azhar Idrus di Kedah

Ustaz Azhar bersama rakan-rakan dalam program anti dadah di Kedah

ALOR SETAR:
Kemunculan Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa orang artis yang sudah berhijrah berjaya mengundang kehadiran puluhan ribu penduduk sekitar negeri ini ke Karnival Gaya Hidup Sihat Pemadam Negeri Kedah yang diadakan di pekarangan Stadium Darul Aman.

Gaya Ustaz Azhar yang menyampaikan kesedaran mengenai bahaya dadah dan arak secara bersahaja dengan dibantu oleh pelakon Bob Lokman, Hairie Othman serta penyanyi Ali XPDC dan Empi Spring begitu menarik perhatian orang ramai yang majoritinya terdiri daripada anak-anak muda.

Beliau sempat menjemput beberapa anak muda ke pentas untuk beramah mesra.

Walaupun perbualan berlangsung dalam suasana ria dan berjenaka namun banyak mesej yang berjaya disampaikan, khususnya dalam isu penyalahgunaan dadah serta penolakan terhadap budaya hedonisme yang menjadi punca terhadap penyalahgunaan dadah.

Karnival tiga hari anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Kedah yang bertemakan ‘Sejahtera Tanpa Dadah’ itu diisi dengan pelbagai program antaranya larian, pertandingan futsal, bola jaring, memasak (wanita), boria (sekolah rendah), dikir barat (sekolah menengah), mewarna kanak-kanak, pertunjukan motor dan lain-lain.Hrkh

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga anak muda turut membuat perubahan kali ini.

new hope berkata...

salam,

dgn sokongan begini kite sure mng bsr pru13 nnt

dua permintaan ramai tidak dipedulikan dalam pelan tindakan pendidikan kebangsaan 2013-2025

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....