Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 27 September 2012

Soalan Bersih 3.0 dalam peperiksaan cubaan hasut pelajar

KUALA LUMPUR 27 September: Peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 merupakan usaha kerajaan meracuni pemikiran pelajar supaya berpandangan negatif terhadap penganjuran himpunan itu, kata Azan Ismail.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, kelompok Kementerian Pelajaran yang taksub terhadap Umno BN tidak faham mengenai tuntutan mereformasi sistem pilihan raya yang bebas dan adil seperti termaktub dalam lapan tuntutan gabungan NGO itu.

“Kempen Bersih adalah neutral. BN sendiri mendapat manfaat dari kempen itu. Tidak lain tujuan penulis soalan ini mahu ‘meracun’ pemikiran pelajar sekolah dan memberi gambaran negatif terhadap kempen Bersih,” katanya kepada Keadilan Daily.

“Bukankah mahkamah mengatakan entiti Bersih bukan pertubuhan haram. Manakala hal berkaitan himpunan adalah perkara yang subjektif tafsirannya,” kata Azan lagi.

Beliau khuatir tindakan itu akan merebak dan memberi gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat jika tidak dikawal.

“Kita bimbang akan ada soalan dalam subjek lain yang menjurus kepada pandangan negatif terhadap Pakatan Rakyat dan pemimpinnya. Apa yang berlaku kini hanya permulaan.

“Tindakan ini menunjukkan Umno BN terlalu terdesak sampai terpaksa memanipulasi soalan peperiksaan percubaan SPM,” kata Azan.

Dilaporkan, sebuah sekolah di Johor Bahru mengeluarkan soalan percubaan subjek Moral SPM berhubung perhimpunan Bersih 3.0 yang mengandungi dua gambar himpunan tersebut 28 April lalu.

Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ”Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?”.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tidak ada masalah mengenai soalan tentang perhimpunan Bersih 3.0 dalam peperiksaan percubaan tersebut.
Puad beralasan, selagi soalan itu tidak melibatkan sensiviti perkauman, agama atau menghina mana-mana individu, ia boleh digunakan.

“Paling melucukan, soalan pendidikan Moral tidak pula meletakkan asas moral itu sendiri. Sepatutnya soalan subjek moral itu memupuk perpaduan dan nilai keperibadan mulia. Bukankah isu moral begitu teruk kebelakangan ini? Kenapa itu tak disentuh?” soal Azan.

“Sebelum ini Umno BN sibuk tuduh Pakatan Rakyat. Hari ini, jelas membuktikan mereka sebenarnya yang melakukan perkara itu,” tegasnya.KD

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....