Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 12 September 2012

PRU 13 : Selangor sah tak ikut Pusat

PETALING JAYA 12 September: Selangor tidak akan menyertai Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hasil perbincangan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Selangor memutuskan untuk tidak akan bersama Kerajaan Pusat dalam PRU 13,” katanya.

“Saya secara peribadi menyokong keputusan itu kerana sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membersihkan nama pengundi di Selangor,” jelas beliau pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat menghormati pendirian Menteri Besar Selangor ekoran masalah pengundi yang tidak mendapat kerjasama daripada SPR.

“Kita setuju dengan setiap keputusan ketua pentadbiran setiap negeri, seperti Kelantan yang mengesahkan akan turut serta dan Selangor tidak, manakala Pulau Pinang dan Kedah masih belum memberi kata putus,” katanya.

Konvensyen Mega Pakatan 3 November

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir mengumumkan Konvensyen Mega Pakatan Rakyat akan berlangsung pada 3 November depan.

Kata Anwar, pada konvensyen itu nanti, seluruh jentera akan dikerah untuk mendengar taklimat pilihan raya.

“Kita akan kumpul semua jentera parti di seluruh negara bagi memberi taklimat tentang persediaan menghadapi pilihan raya,” katanya.

“Kita jangkakan pilihan raya pada akhir Oktober atau awal November. Jadi di konvensyen itu nanti, kita akan menggembeling seluruh jentera,” jelas beliau.

Konvensyen Mega Pakatan Rakyat itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan dijangka bakal mengumpul jumlah hadirin yang besar.

“Kita harap tak ada masalah untuk mendapatkan stadium,” katanya.

Anwar turut mengumumkan Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat yang bakal dianjurkan di Stadium Melawati Shah Alam 28 September ini.KD

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....