Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 3 September 2012

Najib beri petunjuk PRU 13 November ini ???

Datuk Seri Najib Razak memberi petunjuk hari ini bahawa beliau mungkin akan memanggil pilihan raya umum (PRU) seawal November, lapor The Star Online — lima bulan sebelum mandat Barisan Nasional (BN) berakhir iaitu pada bulan April 2013.

Perdana menteri (PM) tidak menyatakan rancangannya secara terbuka akan tetapi beliau dilihat memberi petunjuk jelas mengenai tarikh, dengan menyatakan angka 11 beberapa kali dalam ucapannya ketika berucap merasmikan mesyuarat delegasi Umno bahagian Sandakan hari ini, lapor akhbar berbahasa Inggeris itu.

“Enam kali 11 sama dengan 66, lima kali 11 sama dengan 55 dan dua kali 11 sama dengan 22. Faktor 11 muncul dalam semua, ia adalah unik dan baik,” Najib dilaporkan berkata, ia merujuk kepada usia Umno, ulangtahun kemerdekaan ke 55 dan usia Umno Sabah.

The Star Online menjelaskan, presiden Umno tidak menyatakan secara langsung bahawa beliau mahu mengadakan PRU ke 13 pada bulan November.

Walaubagaimanapun, Najib dan menteri kabinetnya telah menjelajah ke seluruh negara sejak beberapa bulan lalu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada kadar 5.4 peratus dalam suku kedua tahun ini dan meningkatkan sokongan pengundi dan meningkatkan tahap keyakinan untuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi memanggil untuk pilihan raya mengejut tidak lama lagi, kata beberapa ahli strategi kepada The Malaysian Insider minggu lepas.

“Ini adalah pembinaan momentum dan keadaan baik untuk mengadakan pilihan raya selepas pembentangan belanjawan bulan depan,” kata seorang ahli strategik kepada The Malaysian Insider.

Ahli strategi lain berkata BN telah memberi gambaran 60 hari selepas Hari Belanjawan pada 28 September sebagai tarikh pilihan raya umum (PRU) dengan ganjaran belanjawan dan angka baik ekonomi boleh mempengaruhi lebih kurang 12 juta pengundi untuk mengekalkan kuasa gabungan tersebut.

“BN paling berpengalaman dalam ekonomi dan inisiatif Najib akan mula diagihkan,” katanya.

PM keenam itu dilaporkan telah menangguhkan untuk memanggil pilihan raya sebagai langkah untuk memenangi kembali majoriti tradisi BN diparlimen dan empat negeri yang dimenangi oleh PR pada PRU 2008.

Tindakan keluar BN oleh dua orang pemimpin kanan BN Sabah sejak dua bulan lepas telah juga berkemungkinan menyebabkan tarikh PRU ditangguh dari tarikh asal September untuk menghalang BN mengekalkan “simpanan tetap” di negeri-negeri Borneo, kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber BN dari Sabah dan Kuala Lumpur mengatakan, ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menyatakan sokongan kepada PR dan ini adalah diantara alasan mengapa Najib melihat tarikh lain untuk pilihan raya mengejut untuk mendapat mandat sendiri selepas mengambil alih jawatan PM pada April 2009.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....