Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 7 September 2012

Dr Asri Selar Ulama Muda Umno

KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ulama muda dalam Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Dr Asri (gambar) juga berkata budaya politik samseng seperti serangan ke atas bas, menunjukkan punggung pada gambar pemimpin, membaling kasut dalam masjid, tarian punggung dan lain-lain adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.

“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,”kata Asri dalam kenyataannya di laman rasminya www.drmaza.com.

Insiden serangan bas jelajah merdeka ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Bharu dan kemudiaannya serangan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di masjid baru-baru ini mencerminkan imej sebenar budaya politik ganas yang berlaku dalam negara.

Kontroversi memijak potret perdana menteri (PM) Najib Razak dan isteri dan kibaran bendera baru pada malam kemerdekaan diperbesar-besarkan oleh media hingga memaksa polis mengambil langkah drastik bagi menangkap pesalah tersebut.

Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya mengikut kehendak parti semata-mata.

“Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka,” tulis Dr Asri dalam laman sosial Twitter.

Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.

“Dalil-dalil agama dan nama ‘salafussoleh’ dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’.

“ Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,” katanya lagi.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....