Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 23 Ogos 2012

PRU13 : PKR Mahu Kerusi Parlimen Bachok


KOTA BHARU- PKR Kelantan mengesahkan memohon pertimbangan Pas negeri untuk pertukaran kerusi Parlimen Bachok dengan Machang sekali gus membuka laluan kepada PKR meletakkan calon ‘harapan’ bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir mengakui pihaknya telah menghantar surat cadangan berhubung perkara itu kepada PKR Pusat dan Pas Kelantan sebelum Ramadan lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada kedua-dua pihak tersebut memandangkan sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas.

“Surat cadangan tersebut kita hantar sebelum puasa lagi tetapi sampai sekarang masih tiada sebarang jawapan. Tetapi apa jua keputusan daripada pihak Pas nanti kita terima dengan hati terbuka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Memetik laporan sebuah blog bertajuk ‘Teka Teki Di Kerusi Parlimen Bachok’ terdapat desas-desus yang mengatakan PKR Kelantan telah mengemukakan cadangan agar kerusi Parlimen Machang yang kini dimiliki parti ditukar dengan kerusi Pas di Bachok.

Dalam kenyataan menerus blog itu menyatakan nama bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh merupakan calon yang disebutkan-sebutkan memiliki kredibiliti berdepan saingan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada PRU13.

Mengulas lebih lanjut berhubung dakwaan blog tersebut tidak menafikan kemampuan Zaiyadi untuk bertaruh dengan Awang Adek sekiranya menjadi calon PKR pada pilihan raya kelak kerana terdiri daripada keluarga besar yang berpengaruh sekali gus berkemampuan meraih sokongan penduduk Bachok.

Ditanya objektif cadangan pertukaran kerusi tersebut berkemungkinan faktor PKR Kelantan bermasalah di Machang termasuk Saifuddin Nasution Ismail akan bertanding di Kedah, beliau menafikannya dan menegaskan idea itu sekadar strategi parti untuk berhadapan PRU13.

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan Saifuddin akan beralih arah ke negeri sebelah utara berkenaan disifatkan sebagai khabar angin sahaja yang tidak ada kesahihan fakta yang tepat.

“Biasalah kalau ada masalah dalam parti, mana-mana parti pun akan berhadapan masalah untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan ini tiada kaitan dengan cadangan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, kini PKR Kelantan memiliki sekurang-kurangnya tiga calon muka baru yang tersenarai untuk bertanding kerusi Parlimen Machang.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung hal calon itu kerana semuanya bergantung atas keputusan PKR Pusat yang berhak membuat pemilihan.

Pada PRU13, Pas yang mencalonkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menang mengalahkan Awang Adek.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....