Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 28 Ogos 2012

DS Anwar naik bas jelajah 4 negeri sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR 28 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah empat negeri bermula 31 Ogos ini dengan menaiki bas untuk bertemu rakyat sempena sambutan hari raya.

Menurut Penyelaras Politik Pejabat Anwar, Abdul Rahman Yusof, program dinamakan Jelajah Bas Sempena Aidilfitri Bersama Anwar yang diadakan selama tiga hari itu dijadual bakal menyelusuri empat negeri membabitkan Pahang, Kelantan, Perak dan Kedah.

“Program dimulakan dengan pelancaran jelajah pada sebelah pagi 31 Ogos di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya sebelum bertolak ke destinasi pertama iaitu Bentong, Pahang untuk sambutan Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan.

Jelajah diteruskan ke enam daerah di Kelantan termasuk program Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Padang Majlis Tanah Merah bermula jam 9.00 malam.

Penceramah dibarisi Anwar sendiri, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah; Adun Bukit Panau, Fatah Mahmud dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abd Ghani.

Abdul Rahman berkata, jelajah diteruskan pada hari kedua dengan program sambutan Aidilfitri ke Kota Bharu dan Bandar Jeli sebelum bertolak ke Gerik, Perak.

“Manakala pada hari terakhir, rombongan akan menjelajah ke empat daerah di Kedah iaitu Kuala Perlis, Changlun, Padang Terap dan Alor Setar,” jelas beliau lagi.

Solat dan tazkirah Maghrib akan diadakan di Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar disusuli ceramah perdana di Perkarangan Stadium Darulaman.

“Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dijadual turut hadir sebagai panel dalam ceramah tersebut,” katanya.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....