Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 12 April 2012

Video : Tanah Kerajaan Yang Adun Umno Besut Dapat Bernilai RM1.5 juta




BESUT
– Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Besut, Abdul Halim tausah (Abe Din) mendakwa tanah kerajaan yang diperolehi oleh Ahli-ahli yang Berhormat Umno di kawasan Dendong Mukim Tembila Besut dekat sini adalah bernilai RM1.5 juta setiap satu.Beliau berkata tanah di kawasan tersebut adalah bernilai RM100, 000 bagi setiap lot.

“Tanah di sini (Dendong) beri kepada orang kampung (1 lot) satu ekar dibahagikan kepada enam (bahagian), yang bahagian depan menghadap ke laut, dia (YB Umno) ‘baham’ ked ia dua setengah ekar seorang,

“Abdullah Md Zin Lot No. PT 6964, Nawi (Lot No.) 6904 Yang berhormat demo sini, lepas tu Mohd Pehemi (ADUN) Kampung Raja baham dua setengh ekar, yang hujung sekali yang comel (baik) sikit (Lot. No.) PT 6902 Dato’ Idirs Jusoh ‘baham’ jugok,


“bererti dia boleh 15 lot (setiap seorang) satu lot tanah di situ (bernilai) RM100,000, (oleh itu) nilai tanah ini (yang diperolehi oleh ADUN Umno itu) bernilai RM 1.5 juta!,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah isu semasa yang diadakan di Kampung Bukit Payong pada Rabu malam, 11 April.

Menurut Abe Din, yang juga bekas ahli Umno Bahagian Besut , sekiranya pihak ADUN Umno merasakan apa yang didedahkannya adalah satu penipuan, beliau mencabar supaya perkara itu dibawa ke mahkamah.

Turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Timbalan yang DiPertua PAS Besut Shalahuddin Jaafar dan aktivis mahasiswa, Siti Nurul Piteriyah Abdul Halim.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....