Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 14 April 2012

PAS rakam takziah buat keluarga Nordin

JELEBU, 14 April: PAS merakam takziah kepada keluarga Mohd Nordin Bakri ( gambar ), peneroka Gatco yang meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan pintu masuk ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Khamis lalu.

Perkara itu dizahirkan ketika wakil PAS Pusat, Mazlan Aliman bersama pimpinan Negeri Sembilan termasuk Pesuruhjaya Taufek Gani, timbalannya Abdul Rahman Ramli serta Yang Dipertua PAS Jelebu Katiran Marman, berkunjung ke rumah Allahyarham di Kampung Serampang Indah di sini.

Turut serta pada rombongan itu, hampir 20 pimpinan negeri di pelbagai peringkat yang lain.Kehadiran mereka disambut isteri allahyarham, Irani Mohamad Yusof serta lima orang anak mereka.

Di samping itu, rombongan mereka turut mengadakan tahlil disamping menghulur sedikit sumbangan bagi meringankan beban Irani yang kini terpaksa memikul tugas suami menanggung anak-anaknya yang tiga dari mereka masih bersekolah.

Dalam kejadian 12 April lalu, Nordin dilaporkan rebah ketika menyertai himpunan di hadapan komplek JPM sebelum meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Sementara itu, bercakap kepada Harakahdaily, Mazlan turut melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan pusat mahupun negeri yang dakwanya langsung tidak menunjukkan sikap prihatin kepada keluarga mangsa.

"Hari ini dah dua hari kejadian yang berlaku di hadapan pejabat Perdana Menteri itu berlaku. Tapi sampai sekarang belum ada wakil kerajaan pusat mahupun negeri yang datang melawat keluarga mangsa.

"Tak kan sebegini layanan mereka kepada rakyat yang menuntut hak mereka sejak 53 tahun," katanya.

Mengulas kejadian Khamis lalu juga Mazlan turut melahirkan rasa kesal dengan kelewatan bantuan perubatan sehingga allahyarham terpaksa menunggu hampir 30 minit.

"Kita tak tolak takdir, tapi bayangkan di pusat pentadbiran kerajaan, bantuan boleh lambat sampai, sampai Tanggam (kawan mangsa) terpaksa menendang bilik pengawal untuk dapatkan pertologan.

"Kalau kat kampung kita faham la, ini kat pusat pentadbiran kerajaan. Sekiranya bantuan awal sampai, mungkin natijahnya berbeza," kata Mazlan kesal.Hrkh

Artikel berkaitan DISINI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....