Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 15 April 2012

BN tidak wajar guna agensi awam sebagai jentera parti

PADANG BESAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) agar tidak memperalatkan pegawai dan agensi kerajaan untuk dijadikan jentera parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pegawai kerajaan yang bersubahat dalam perkara yang mencemarkan ketelusan proses PRU akan memberi kesan buruk kepada diri sendiri dan masa hadapan.

“Kerajaan Pusat wajar berhenti memperalatkan agensi kerajaan untuk dijadikan jentera PRU, sebaliknya memastikan pelaksanaan PRU tidak lama lagi diadakan secara telus demi memenuhi hak rakyat,” kata beliau sewaktu berucap di hadapan lebih 500 penyokong Pas sempena lawatan kerja sehari beliau ke Perlis di Balai Baru Beseri di sini, semalam.

Banyak pihak meramalkan PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat, kemungkinan bulan Jun ini.Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....