Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 1 April 2012

Bendera Yang Dipasang Pas Nibong Tebal Dibakar

NIBONG TEBAl – Seluruh ahli Pas di kawasan Nibong Tebal melahirkan perasaan kecewa dan kesal apabila bendera milik parti politik itu dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian yang berlaku selama dua hari berturut-turut itu, sembilan daripada 20 bendera Pas yang dipasang pada 24 Mac lalu telah dibakar dengan masing-masing empat pada 29 Mac, manakala lima lagi pada 30 Mac lalu.

Difahamkan, 20 bendera berkenaan dipasang di sebuah rumah ahli Pas di Tanjung Berembang bertujuan menjadikan rumah terbabit sebagai Bilik Gerakan Unit Peti Undi Pas Tanjung Berembang, di sini.

Yang Dipertua Pas kawasan Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan, berkata, kejadian terbabit disedari oleh salah seorang ahli Pas pada awal pagi 29 Mac lalu.

“Kita amat kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku. Kami percaya pada hari itu (29 Mac) ia dilakukan sekitar jam 3 pagi sehingga jam 5 pagi kerana sebelum waktu itu kami melihat keadaan bendera masih elok.
“Kami sangka kejadian itu akan berakhir pada malam berkenaan sahaja, namun jangkaan kami meleset kerana ahli Pas kawasan ini sekali lagi dikejutkan dengan kejadian sama pada 30 Mac.

Kali ini, bendera Pas dibakar lebih awal iaitu sekitar jam 8 malam dan seorang ahli Pas menyaksikan sendiri kejadian terbabit,” katanya.

“Perbuatan berkenaan dipercayai dilakukan oleh beberapa remaja lelaki, bagaimanapun mereka sempat melarikan diri selepas seorang ahli Pas menjerit sejurus melihat tindakan itu,” katanya.

Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak mahu menuduh sesiapa yang menjadi dalang di sebalik perbuatan itu, tetapi hanya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.

Menurutnya, pihaknya percaya, tindakan yang dilakukan oleh mereka tidak bertanggungjawab itu merupakan perbuatan terdesak kerana ramai anak muda kini mula bangkit menyertai parti politiknya.

“Ini merupakan kali pertama kejadian bendera parti dibakar dan berharap pihak polis akan segera menangkap dalang di sebalik tindakan terbabit.

“Meskipun bendera Pas ini dibakar, ia tidak mematahkan semangat ahli Pas malah kami akan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang dalam pilihan raya ini,” katanya.

Abdul Rahman turut memberitahu, pihaknya akan mengerah semua ahli untuk menjadi jentera penggerak sebagai persediaan bahang pilihan raya di samping terus memantau agar perbuatan tidak bertanggungjawab itu tidak lagi berulang.

Sejurus kejadian itu, Setiausaha Pas Kawasan Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff bersama Ketua Penerangan Pas Kawasan Nibong Tebal, Nazir Arshad telah membuat laporan polis di Balai Polis Nibong Tebal supaya tindakan yang sewajarnya dapat dikenakan kepada pihak tidak bertanggungjawab terlibat.SH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup BN. Down,down,down Pakatan haram jadah.

Tanpa Nama berkata...

Hidup BN hanya dengan makan rasuah dan fitnah!!

Tanpa Nama berkata...

Memang haramjadah sungguh la kalau dok bakar bendera orang.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....