Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 7 Mac 2012

Video : Nyaris ditumbuk,Polis ambil keterangan Nurul Izzah



KUALA LUMPUR 7 Mac : Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar memberi keterangan kepada tiga pegawai polis dari Kuantan berhubung siasatan insiden pada 26 Februari lalu yang menyaksikan beliau hampir ditumbuk semasa ceramahnya di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Pahang.

Selain Nurul Izzah, turut memberi keterangan, ialah suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut mengiringi ketika keterangan diambil ialah peguam N Surendran yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Dalam kejadian itu, sekumpulan penyokong Umno mengganggu ceramah KEADILAN dengan menganjurkan sesi karaoke dan memasang pembesar suara ketika Nurul Izzah dan Nik Nazmi berucap.

Kumpulan berkenaan kemudian menyerbu ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada Nurul Izzah, termasuk salah seorang mereka Asrulllah Effendi Abdullah hampir menumbuk muka ahli parlimen Lembah Pantai itu.

Pada sidang medianya selepas keterangannya diambil, Nurul Izzah berharap polis akan mengambil tindakan susulan terhadap kes berkenaan.

“Apa yang penting di sini ialah tindakan susulan kerana apabila penguat kuasa undang-undang seperti polis menunjukkan komitmen bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

“Tidak kira apa bentuk ancaman atau serangan, sama ada secara fizikal atau mental, ke arah mana-mana individu dan tidak hanya pemimpin-pemimpin politik, “katanya.Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148, Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Selain kejadian di Pahang, kumpulan penyokong Umno bertindak ganas dengan mengganggu program anjuran Pakatan Rakyat di Johor, Melaka termasuk Himpunan Hijau di Pulau Pinang.Pada 26 Febuari lalu, Kumpulan Umno yang disertai 

Perkasa mengganggu Himpunan Hijau dihadiri Lim Guan Eng, termasuk memaki hamun ketua menteri Pulau Pinang itu.Kejadian itu menyebabkan dua wartawan cedera dan salah seorang mereka menerima lapan jahitan.

Pada 20 Februari, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Sembrong, Johor.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....