Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 26 Mac 2012

Program Pas Terengganu Bersama Perantau Dapat Sambutan Hangat




KUALA TERENGGANU – Pengundi muda di luar Terengganu yang tinggal sekitar Kajang dan Kuala Lumpur ‘tunjuk sikap’ terbuka menyokong PAS apabila beratus-ratus orang daripada mereka hadir pada program Himpunan Anak-anak Terengganu di Perantauan (HAT) 2012.
Menurut Setiausaha HAT 2012, Wan Faizul Abbas, program yang di anjurkan Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) dengan kerjasama Perantau itu mendapat sambutan yang di luar dugaan.

Beliau berkata program tersebut yang diadakan di dewan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menjangkaui sasaran penganjur dan berjaya menarik kehadiran 1000 orang peserta.

“AlhamduliLlah sambutan menggalakkan. Kehadiran melebihi sasaran 1000 orang, peserta (yang hadir terdiri) dari pelbagai lapisan masyarakat,

“(ada) daripada (kalangan) pekerja swasta, kakitangan kerajaan, guru, pensyarah dan bekas pensyarah antara yang hadir,”ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, penglibatan dikalangan peserta HAT dalam perbincangan manifesto pilihanraya umum ke-13 PAS Terengganu juga sangat memberangsangkan.

Katanya perbincangan tersebut turut disertai warga perantau anak Terengganu yang sudah berpuluh tahun tinggal di negeri orang

"Tidak ketinggalan juga mengambil bahagian dalam dialog yang diadakan, warga perantau yang sudah berpuluh tahun tinggal d Selangor, ada yang bangun minta nombor alaun PAS Terengganu untuk beri sumbangan,"jelasnya.

Katanya, seruan beliau supaya anak-anak muda Terengganu balik menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihnaraya umum akan datang disambut baik dan mereka berjanji akan pulang bagi memenangkan PAS.

Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Teregganu Haji Hanafiah Mat melahirkan rasa sukacita dan mengucapkan tahniah kepada BPPNT dan Perantau yang berjaya menganjurkan HAT 2012.

Beliau yang turut hadir dalam himpunan tersebut berkata ia adalah satu petanda baik menunjukkan PAS berpeluang cerah menang dan memerintah Terengganu buat kali ketiga.

"Ia satu petanda yang cukup baik, apabila anak-anak muda ramai hadir, menunjukkan tanda-tanda PAS akan menang pada pilihanraya umum akan datang,"ujarnya.

Menurutnya, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga begitu bersemangat dan memberikan ucapan yang panjang, menyampaikan amanat dan pesanan kepada para pengundi muda PAS di luar Terengganu.

Katanya, walau ada sedikit 'gangguan teknikal' bekalan elektrik terputus dalm beberapa minit, namun anak-anak muda yang hadir program tersebut tidak berganjak.

Selain Presiden, Pesuruhjaya PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut, turut menyampaikan ucapan utama dalam HAT 2012.

Turut hadir dalam HAT 2012 adalah Ahli Jawatankuasa (AJK)PAS Pusat Dato' Ustaz Abu Bakar Chik Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Haji Muhyidin Abdul Rashid serta beberapa AJK BPPNT termasuk Bendahari Cikgu Shukrimun Shamsuddin dan Dr Azman Ibrahim.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....