Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 29 Mac 2012

Imam Baling Kasut Pada Hakim Islamkan Dua Banduan Dalam Penjara

Isteri Hoslan, Noorliza [dua dari kiri] menerima sumbangan dari Zailah [kiri sekali]. Muslimat PAS memberikan komitmen untuk memberikan sumbangan tetap RM800 sebulan kepada keluarga imam Hoslan sepanjang beliau dipenjarakan


KUALA LUM
PUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain( gambar kiri ) tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua banduan dan mengajar agama dalam penjara.

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.Hrkh

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Ini yang dikatakan benih yang baik buang ke laut menjadi pulau, buang ke darat menjadi gunung. Semoga semua banduan di dalam penjara itu berjaya diislamkan dan diberikan petunjuk untuk mereka menjadi umat Islam yang baik. Tahniah kepada mu wahai imam yang berani.

Setiap perkara ada hikmahnya.

Tanpa Nama berkata...

wahai sang istri hoslan,kamu adalah insan yang dipilih allah swt.menjadi tiang seri ustz.demi perjuanganya.kami doakan semoga apa yang terjadi akan membuka mata hati umat islam demi islam itu sendiri.tahniah dan syabas dengan diiringi doa kami.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....