Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 6 Februari 2012

Video : Nak Jaga Stadium Yang Dah Runtuh Pun Tak Boleh???



KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diharapkan lagi untuk menjaga negeri ini kerana tidak berupaya walaupun hendak menjaga sebuah stadium yang sudah runtuh.

Menurutnya, kerajaan telah belanja RM2.2 juta mengupah sebuah perunding bagi membuat kajian samada stadium tersebut masih selamat untuk digunakan atau sebaliknya.Namun katanya, sehingga sekarang hasil kajian tidak diumumkan kepada rakyat.

Beliau berkata, kerajaan memerlukan lagi kewangan sebanyak RM6 juta untuk merobohkan baki bumbung yang belum runtuh lagi.

Dalam pada itu katanya, belum pun stadium tersebut dibaiki, peralatannya yang bernilai RM50 juta hilang dicuri orang.

“kalau macam ini, buat stadium pun boleh runtuh, mahu (nak) jaga stadium runtuh pun tak boleh, macamana kita mahu (hendak) harapkan dia (Umno/BN) menjaga negeri ini,

“itu sebabnya, dalam pilihanraya akan datang, kita pastikan bukan sahaja Terengganu, Putrajaya kita akan menang pada kali ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Tahun Baru Cina di sebuah restoran di bandar Kuala Terengganu pada Jumaat malam 3 Januari.

Sebelum itu, beliau memberitahu lebih 300 orang kaum Cina yang hadir, kawasan Presiden MCA di Labis Johor sudah ‘terbalik kot’.

Beliau yang baru pulang menghadiri majlis sempena Tahun Baru Cina disana, berkata, dulu 70% kaum Cina menyokong MCA dan Barisan Nasional.

Tetapi katanya, Labis akan jatuh pada PRU13 akan datang, kerana sekarang 70% kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat.BOImbang Penuh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....