Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 7 Februari 2012

PAS Mahu Sambutan Hari Kekasih Dihentikan

PETALING JAYA: Menjelang sambutan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari depan, PAS sekali lagi menyatakan pendirian mahu menghentikan sambutan berkenaan.Pemimpin parti itu termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, sambutan berkenaan mesti dihentikan kerana akan menjadi penyebab kepada aktiviti tidak bermoral.

Bagi timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, beliau mahu kerajaan mempamerkan iklan anti sambutan Hari Kekasih di televisyen bagi menghalang umat Islam daripada menyambutnya."Setiap tahun kita sertai pasukan pencegahan bersama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain untuk memberi kesedaran bahawa sambutan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syariat Islam.

"Kita tidak mahu sambutannya menjadi amalan dikalangan orang Islam. Langkah terbaik adalah dengan menghebahkannya di televisyen."Pihak kerajaan begitu mudah untuk berbuat demikian kerana mereka mengawal media utama," katanya.

Tahun lalu pihak berkuasa agama telah menahan lebih seratus pasangan beragama Islam yang terlibat dalam sambutan Hari Kekasih.Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.

Terdapat beberapa versi sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.Mstar

1 ulasan:

zulkifli mohamad berkata...

Eluk juga..., namun tidak bermakna kita harus lupakan orang yang dikasihi, atau kita harus hidup tanpa berkasihan. Pada pandangan saya, cadangan itu mundane sifatnya. Saya masih bimbang dengan senyap sepi kepimpinan dalam isu Islam Melayu dan Raja bila duduk dekat-dekat dengan Anwar dan Kit Siang.... Disitu ada makna yang lebih besar, jatidiri, perjuangan, agama dan maruah!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....