Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 17 Februari 2012

Kerana Sertai Pas Bekas Pengarah Pelajaran Terima Pelbagai Ugutan

PONTIAN – Gara-gara mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS, Dato’ Hj. Adnan Ibrahim, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak mendakwa akan dipulau jika meninggal dunia kelak.

Katanya lagi, pelbagai ugutan yang diterima tidak sedikitpun mengendurkan semangat juangnya malah berkat kesabaran yang dipamerkan selama ini membuktikan bahawa Allah SWT membantu hambaNya yang ditindas.

”15 kali saya kena pindah. Tapi berkat kesabaran, dapat gaji yang terakhir lebih kurang RM13 000, pencen saja RM5000 malah dikurniakan Dato’ lagi daripada Sultan,” terang beliau lagi.Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramahnya pada majlis Ceramah Umum di perkarangan Bilik Gerakan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Cikgu Normala Sudirman, bekas calon PAS PRK Tenang, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ust. Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian, Sdr. Saiful Amri A Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pontian.

Beliau yang juga berasal dari Bidor Perak itu menambah penjajahan minda yang dilakukan UMNO ke atas umat Melayu semakin ketara kerana rasuah politik, menjelang PRU telahpun di sogokkan.

Hal ini, dilihat kerana itulah sahaja cara pemerintah negara ini untuk mengekalkan kuasa.”Jangan diperbodohkan dengan pemberian BR1M. Kerana inilah satu cara UMNO nak kekalkan kuasa.

”Malah ia disifatkan rasuah politik menjelang pilihan raya. BR1M diambil dari akronim ‘Bagi Rasuah Satu Malaysia?” soal beliau lagi.Beliau turut mengecam tindak tanduk pemimpin UMNO-BN yang banyak melakukan penyelewengan sehingga ke tahap yang maksimum kerana menjadi pengamal politik hipokrasi.

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar rakyat dapat mempertahankan politik berintegriti dan sebagai warganegara, mereka harus tahu hak dalam menentukan kepimpinan negara.”Saya mual, ada nak tercirit , marah betul dengan UMNO. Walaupun dulu saya UMNO.

”Siapa yang larikan duit ke Australia? Bahkah larikan anak Sultan.”Siapa yang punya skandal PKFZ? Dua Perdana Menteri di tipu.”Altantuya? Scorepane? Cf? Siapa?” soal beliau lagi.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

confirm bulan nie pension tak dak!tapi jangan bimbang datuk....datuk bukan keseorangan sebab public officer sekarang pun belum tentu kan dapat pension nanti bila kantong KWSP 3000m diberi loan kepada kerajaan sekarang....agak*2 korang 10 taun kot lincinnn....!!!

PESARA berkata...

InsyaAllah, kemasukkan Dato; diberkati Allah. Pension itu hak kita, mengikut perkhidmatan Awam,Rezeki tak perlu ditolak. UMporNO perlu ditolak.

Tanpa Nama berkata...

Pencen bukan dibayar dari duit UMNO.... pencen dibayar dari pungutan cukai - duit rakyat....
Rezki kita bukan ditangan UMNO tapi ditangan Allah......

Tanpa Nama berkata...

bekas pengarah yg bagai anjing menyalak bukit,,,,tiap bulan membaham duit kerajaan!!!kenapa tak buang pencen kalau berani berjuang???
ini lah sebenarnya musang berbulu beruang, segala kemudahan dibaham lepas tu cakar tangan yg bagi habuan sumbat mulut setiap bulan!!!berjuang atas dasar hendak cari publisiti murahan. semasa dalam perkhidmatan ada dia berani berjuang menuntut yg hak dan membetulkan kemunkaran dlm jabatanya sendiri??? sudahlah munafik hendak berjuang dalam kandang hamPAS konon////

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....