Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 19 Februari 2012

Dua laporan akan dibuat ke atas pemimpin Umno Terengganu


KUALA TERENGGANU - Dua laporan, satu kepada kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan satu lagi kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu ke atas dua pemimpin Umno Terengganu pada pagi ini Ahad 19 Februari.

Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Usta Abu Bakar Chik, dalam kenyataannya yang dihantar melalui pesanan ringkas kepada Buletinonline memaklumkan, beliau akan membuat satu laporan

“Esok, 19 Feb, ‘report’ PAS PARTI AJARAN SESAT KE ATAS AHMAD SAID akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Agama (negeri) Terengganu,

“pada jam 9.30 pagi, tuan puan di jemput (hadir) bersama-sama,”ujarnya yang telah membuat laporan polis pada 14 Februari lalu, ekoran keengganan dan kegagalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu, menarik balik keyataannya yang menuduh ‘PAS adalah Parti Ajaran Sesat’.

Manakala, Penasihat Ahli Lembaga bPengarah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan,Ustaz Satiful Bahri Mamat akan membuat satu laporan kepada SPRM berhubung tindakan JKKK merampas tanah sekolah tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Adullah, Ustaz Satiful akan membuat laporan tersebut pada jam 11 pagi.

“satu laporan kepada SPRM cawangan Terengganu akan dibuat oleh Ustaz Hj Saiful (Satiful) Bahri Mamat (berkait) isu rampasan tanah SRIDB, pada Ahad, 19 Feb jam 11 pagoi,

“di Pejabat SPRM Cawangan Terengganu Tingkat 10 Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu,”ujarnya

Menurutnya satu sidang media akan dibuat sejurus penyerahan laporan tersebut dan menjemput semua penyokong serta rakan-rakan media hadir.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....