Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 13 Januari 2012

Video : Sultan Perkenan Hasan Ali Digugur Sebagai Exco Selangor



SHAH ALAM, 13 JAN : ADUN Pas yang bakal menggantikan Datuk Dr Hasan Ali bakal mengangkat sumpah pada Rabu depan selepas beliau diputuskan di dalam perbincangan antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid dan pemimpin Pas pusat dalam sehari dua ini.

Abdul Khalid berkata Sultan Selangor telah bersetuju untuk menulis surat pembatalan perlantikan Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

"Saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari PAS yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Perja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari 2012 telah membuat keputusan memecat Dr Hasan Ali dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

"Memandangkan Datuk Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa Datuk Hasan Ali tidak boleh menjadi ahli MMKN dan telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau," katanya.

"Pada masa yang sama, DYMM Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baharu MMKN. Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi dari mana-mana pihak," kata Abdul Khalid.

Sebelum ini, PAS di dalam mesyuarat yang diadakan pada 8 Januari lepas telah memecat keahlian Hasan sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan PAS sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Hasan telah menimbulkan pelbagai kontroversi di dalam PAS dan Pakatan Rakyat apabila mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti dan gagasan itu.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....