Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 8 Januari 2012

Ulasan Dr Hasan Ali Selepas Dipecat Pas

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali, menyuarakan kekecewaannya terhadap pemecatannya yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini kerana parti berkenaan membalas perjuangannya terhadap Islam dengan tindakan tersebut.

“Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.

“Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya petang tadi.

Hasan turut berkata, pihaknya akan mengadakan satu sidang media khas bagi memberi penjelasan lanjut berhubung pemecatannya dalam masa terdekat.

Dalam mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hari ini, parti berkenaan telah membuat keputusan sebulat suara memecat keahlian Hasan Ali sebagai anggota parti.Keputusan itu dibuat selepas Presiden PAS membuat perbincangan dan pertimbangan lanjut.

Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat memecat Hasan sebagai anggota parti bermula hari ini, dengan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya memutuskan untuk berbuat demikian selepas menimbang pelbagai faktor pada mesyuarat bulanannya.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan tindakan Hasan Ali yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti,” kata Ahli Parlimen Marang ini dalam kenyataannya.

Bulan lalu, Hasan mengkritik PAS dalam isu kawalan media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana meninggalkan matlamat perjuangan Islam atas faktor politik.

Hasan menuduh PAS tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya,

Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila mengatakan penyertaan terhadap perhimpunan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok adalah perbuatan sia-sia.

Abdul Hadi htelah menyatakan persetujuannya untuk menyertai perhimpunan tersebut, sebagaiman pimpinan Pakatan Rakyat lain, dan menyatakan kenyataan Hasan itu sebagai penghinaan terhadap presiden parti dengan membelakangi keputusannya.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Hassan Ali sebagai ahli parti, kenalah akur dgn pandangan dan keputusan parti, walau sehebat mana ilmu, walau setinggi mana darjat, apabila keputusan parti kena taat.

Tetapi Hassan Ali bertindak membelakangkan keputusan dan nasihat parti, mengapa beliau tidak terfikir apakah parti tidak sedih dgn tingkah laku beliau itu?


Beliau ditatang bagai minyak yang penuh.Selepas menyertai Pas pada 1998,beliau dicalonkan bertanding di kerusi Dun Sungai Burung dan Parlimen Parit Buntar pada PRU 1999 dan menang keduanya.

Ramai pemimpin yang berjuang dlm parti puluhan tahun tapi tidak dapat keistimewaan seperti beliau.Apakah beliau tidak terfikir bagaimana sedih dan tergurisnya hati ahli Pas dengan kenyataan2 dan tindakan beliau yang dilihat membelakangi Pas.

Apa apa pun pemimpin datang dan pergi,namun Pas tetap teguh dengan sokongan ahli parti yang komited dengan perjuangan,walaupun kami hanya tukang pacak bendera Pas...

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HA terkejut dipecat
Sepatutnya beliau terkejut kerana buat salah.
Memandangkan beliau yakin benar apa yang keluar dari mulut dan tindakan adalah betul sebetul-betulnya maka orang lain semuanya salah maka terkejutlah beliau orang lain bersalah memecatnya.
Lepas ni akan ada sidang media besar-besaran yang akan didengar oleh 28 juta(termasuk yang masih bayi).Hebat bukan?

Panglima Hitam berkata...

lepas kena pecat baru dia sedar nak mintak pandangan kwn kwn laa......pandangan ulama laa.....
masa nak pelingkup pas dgn prangai sumbang tu tak pulak mamat geli nie nak tanya kwn ke nak tanya ulamak ke??......sorang sorang saja tunjuk hebat....masa tu kat sapa pun hang tak heran.....
banyak cantik hang punya terkejuit....banyak lawa punya sedih.....


kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan haraki seseorang ialah untuk mencapai redha Allah. Tidak timbul soal dibalas dengan sedemikian rupa. Khalid Al Walid pernah dipecat dari menjadi panglima perang. Tetapi tidak pula dia mencari Utusang Rom atau Utusang Persia untuk melahirkan rasa tidak puas hati beliau. Beliau tetap redha dengan keputusan yang berlaku. Apa yang penting buat Khalid Al Walid ialah jaminan syurga yang kekal abadi.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...memang zalim sb pecat serta merta tanpa memanggilnya beri penjelasan...tapi disebabkan dengar si celaka kafir harbi DAP DHA dipecat...

DHA nak ketuai Himpunan Umat Islam dihalang oleh DAP tapi Himpunan esok sokong nuar berahim disokong oleh tumPAS dan biaDAP...masyaallah...inikah pemimpin islam sejati wahai Hadi Awang,.....

Tanpa Nama berkata...

dunia dah terbalik...dan begitu juga tumPAS dah terbalik atau diterbalikkan oleh parti biaDAP.....

Tanpa Nama berkata...

DHA teruskan niat murni kamu terhadap islam...berada dalam PAS atau di luar PAS,apa yg penting kena istiqomah menegakkan syiar islam di bumi Malaysia ini...

parti yang paling gembira dengan berita pemecatan DHA ini bukannya UmNo,tetapi parti paling biaDAP....

Tanpa Nama berkata...

mana penyokong tumPAS taknak komen ke tentang isu pemecatan DHA ini,...atau kamu semua pengecut atau badut2 biaDAP

Ppetuihhh.... berkata...

Orang tak ikhlas berjuang memang macam tulah...mempersoalkan kenapa dipecat...memang elok ler masuk umno ker perkosa ker...

korang tu jadi badut MCA takper plak..huhu..bangang lagi bingai dan membusukkan.. haakkk...Ppetuihh...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....