Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 14 Januari 2012

Ucapan Wakil Mahasiswa Di Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke 3

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontarkan peringatan keras kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) supaya memberikan tumpuan kepada suara anak muda sekiranya diberikan mandat untuk mentadbir Putrajaya dalam PRU-13.

Wakil anak muda, yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Akram Ikrami dalam ucapannya berkata, anak muda kini tidak lagi mahu mendengar laungan retorik semata-mata dalam usaha menarik perhatian anak muda terutama mahasiswa.

Katanya, kebebasan mahasisiwa dan professional akademik perlu diutamakan memandangkan banyak campur tangan dalam pentadbiran universiti sehingga mengenapikan golongan yang layak.

"Mereka bekerja tidak seronok sebab sekatan oleh kerajaan. Idea dan pandangan hanya untuk mengejar ranking universiti tanpa ruang untuk mereka menyumbang. Terhadap mahasisiwa pula sebagai contoh, apa guna belajar sains politik sekiranya ditangkap seperti kes UKM-4," katanya.

Beliau menambah, soal kestabilan politik, monopoli kekayaan dan jurang kekayaan yang luas menjadi punca utama mengapa ramai golongan profesional lebih gemar untuk menabur khidmat di luar negara.Selain itu, Pakatan juga perlu mencari mekanisme penyelesaian yang mampan dalam usaha membantu mahasiswa yang dibebankan dengan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).

"Kita menyeru PR jangan menyedari mahasiswa terbeban sahaja. Sehingga kini belum ada yang mengemukakan idea bagaimana menyelesaikan beban hutang."Mahasisiwa dikejar tuntutan hutang sehingga dalam selimut. layanan terhadap mahasiswa lebih buruk daripada banduan di penjara. Selesaikan persoalan PTPTN," katanya.

Akram turut mendesak agar Pakatan Rakyat memandang serius isu Akta Undang-Undang Kolej dan Universiti yang sehingga kini masih belum diselesaikan selain menyediakan platform besar untuk anak muda menyalurkan pandangan mereka dalam usaha memantapkan negara

"Kita mahu AUKU dimansuhkan, bukan dipinda. Ada suara anak muda untukk mereka sumbangkan kepada kerajaan. Kalau perlu ada suara di Parlimen masukkan di Parlimen," katanya.

Katanya lagi, kehadiran beliau di Konvensyen PR berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan oleh pihak universiti."Saya tetap memberanikan diri dan mengambil risiko ini disebabkan tidak ada ruang untuk kami anak muda dan mahasiswa untuk meluahkan hasrat kami anak muda.

"Saya juga berharap Umno juga akan memberi ruang dan menjemput kami untuk memperjuangkan kehendah kami yang mahukan sesuatu hak dan kebebasan sebagai seorang anak muda dan mahasiswa." kata beliau.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....