Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 5 Januari 2012

Panas !!! Veteran Umno Mahu Bantu DAP Kikis Imej Cina

BERSAMA-SAMA dengan bekas ADUN Umno Mohd Ariff Sabri, ahli Umno veteran dan penulis blog Aspan Alias mungkin menyertai DAP, dengan tujuan melunturkan ‘imej cauvinis’ parti Cina itu.

Aspan ketika dihubungi Malaysiakini semalam berkata kedua-dua mereka sedang “giat berunding” dengan kepimpinan DAP sebelum membuat keputusan muktamad.

“Kita belum putuskan, tetapi hampir menyertai … rasanya tidak lama lagi,” kata anggota Umno berusia 59 tahun itu.

Sementara itu, setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng - Zairil Khir Johari – ketika ditanya sama ada kedua-dua mereka telah menyertai parti itu, menjawab: “Saya serahkan kepada kepimpinan parti untuk umumkannya.”

Aspan juga menafikan bahawa penangguhan penyertaan mereka ada kaitan dengan rundingan untuk mendapatkan kerusi bagi bertanding pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Saya faham ada orang mengatakan saya mungkin bertanding dpada pilihan raya akan datang atas tiket DAP, tetapi tiada apa-apa mengenai perkara itu telah dibincangkan di antara DAP dan saya.”

Ditanya mengapa DAP menjadi pilihan dan bukannya PKR atau PAS, Aspan menjelaskan bahawa parti itu telah dimomokkan sebagai parti pelampau Cina, oleh itu, penyertaan mereka boleh membantu mengikis persepsi itu.

“Saya mesti bantu parti yang tidak mempunyai imej berbilang kaum yang jelas.”

Aspan menyertai Umno pada tahun 1971 pada usia 19 tahun dan aktif dalam bahagian Kuala Pilah sejak akhir 1980-an sehingga 2000.

Mohd Ariff pula adalah bekas ADUN Pulau Manis dan ketua penerangan Umno bahagian Pekan sehingga tahun 2004 yang merupakan bahagian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selepas bersara dari politik, kedua-dua mereka menjadi penulis blog yang aktif dan sering menulis artikel yang kritikal.

Ariff menulis di bawah nama samaran Sakmongkol AK47 manakala blog Aspan pula boleh dilayari di aspanaliasnet.blogspot.com.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....