Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 5 Januari 2012

Himpunan 901 : PKR Sedia Berbincang Dengan Polis

Azmin menggesa pihak polis agar memelihara keselamatan awam termasuk para peserta demonstrasi. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 5 Jan — PKR hari ini menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman 901 berjalan dengan aman dan teratur.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataannya hari ini turut menyambut baik kenyataan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang bersetuju untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman tersebut.

“Saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Ahli Parlimen Gombak ini menjelaskan, hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan dan merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik.

“Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.

“Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka,” tambahnya.

Azmin turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para peserta demonstrasi tersebut dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur.

“Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi (Universiti Pendidikan Sultan Idris) UPSI dan Bersih tidak akan berulang.

“Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya,” katanya lagi.

Sehubungan itu jelasnya, PKR menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercintaTMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....