Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 23 Januari 2012

Kerajaan Selangor Cadang Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Ibrahim Ali

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangr bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali( gambar ) yang mengkritik keras keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio agama negeri itu, minggu lalu.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, bercakap tanpa iman dan penuh dendam dan nafsu serakah merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor dan oleh itu, Ibrahim seharusnya dihalang dari menjejakkan kakinya di Selangor.

"YAB Datuk Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana."Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam dalam rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor, yang dibuat dengan pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat Pas awal bulan ini.

Dalam kenyataannya, Faekah menambah, tindakan Ibrahim yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikanExco Kerajaan negeri yang baru dan rombakan portfolio hal ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanah air.

Tegas beliau, percubaan beliau melaga-lagakan Pas dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan parti Islam itu."Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati Pas umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008.

"Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan Umno sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti," kata beliau lagi.Faekah menambah, pihaknya tidak mempersoal tindakan Ibrahim yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan Hasan, bekas Exco Kerajaan Selangor

"Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor.

"Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam," kata Faekah lagi.

Oleh itu katanya, tuduhan Ibrahim bahawa pelantikan Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan.

"Kita ingatkan Ibrahim bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang kedua-duanya  dalam pemerhatian rapat Tuanku," katanya lagi.

Menurut Faekah lagi, menuduh bahawa Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan."Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati Pas walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.

"Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah ALLAH  agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni ALLAH s.w.t."Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat," katanya sambil menambah, ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini.SH
 

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....