Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 17 Januari 2012

Kenyataan Balas Pemimpin Pas Berikutan Sidang Media Hasan Ali Semalam

 Kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Dipetik Dari TV Selangor :

SHAH ALAM, 17 JAN : Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali yang di pecat 8 Januari bebas untuk membuat sebarang kenyataan dan tindakan peribadi memandangkan beliau bukan lagi menjadi ahli PAS.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan tidak mempunyai halangan melancarkan siri ceramahnya ke seluruh negara bagi mendedahkan kononnya terdapat kumpulan 'parasit' dalam PAS.Beliau menyifatkan usaha tersebut sebagai satu tindakan pribadi kerana ia adalah diluar kawalan dan tanggungjawab parti.

"Kita berlapang dada untuk Hasan meneruskan ceramahnya, kerana beliau bukan lagi ahli PAS dan tidak ada kena-mengena dengan kepimpinan PAS."Terpulang kepada orang ramai untuk percaya atau tidak dengan dakwaannya itu, kita tidak boleh halang kerana jelas beliau bukan lagi Ahli PAS," katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim tidak menafikan hak Hasan Ali untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk membuat keputusan.Hingga ke saat ini Hasan di dakwa tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung pemecatan beliau. Tarikh rayuan tersebut berakhir 7 Februari depan.

Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.Hasan mendakwa, kumpulan itu memainkan peranan memesongkan PAS dari perjuangan Islam.
Hasan juga membayangkan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya mereka berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.Ketika dihubungi TVSelangor, Tuan Ibrahim berkata, tidak pernah wujud kumpulan 'parasit' dalam kepimpinan PAS seperti yang didakwa bekas Exco Hal Ehwal Islam negeri Selangor itu.

Kenyataan Hasan tersebut juga dianggap tidak munasabah kerana sebarang keputusan parti perlu menerusi perbincangan dalam mesyuarat tertinggi."Kita ada majlis syura yang akan menentukan dasar parti dan perkara yang besar pula akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

"Jadi dakwaan yang mengatakan wujud kumpulan perosak itu antara punca beliau dipecat langsung tidak boleh diterima, kerana keputusan besar dalam parti adalah keputusan bersama bukannya keputusan antara kumpulan,"katanya.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata keghairahan media arus perdana mengambil kesempatan dengan mendampingi bekas ahli pembangkang sudah diramal.Namun, bagi PAS, ia tidak menjejaskan perjalanan mereka untuk terus memberi fokus kepada pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Fenomena biasa, kalau beliau (Hasan) kritik PAS, media arus perdana akan membuat liputan, tidak ubah seperti apa yang berlaku kepada Zulkifli Nordin dan beberapa pemimpin lain ,"jelasnya.

 Kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar Dipetik Dari Sinar Harian :

 SHAH ALAM - Kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali wujudnya parasit dalam Pas, seolah memberi gambaran menghina keputusan kepimpinan Pas dalam isu pemecatannya, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, tindakannya itu memberi gambaran keputusan pemecatannya yang diputuskan dalam mesyuarat bulanan parti dalam parti didorong dan dipengaruhi oleh parasit.“Ia juga seperti menafikan keputusan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hasan, mendakwa wujudnya parasit dalam Pas yang semakin menguasai hala parti termasuk dalam isu pemecatannya.Enggan mengulas panjang, Mahfuz berkata, terpulang kepada Hasan mengenai parasit yang didakwanya berlaku dalam parti.

“Kami tidak tahu, ada atau tidak parasit. Itu terpulang padanya. Kami tiada masalah,” katanya.Mahfuz berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Hasan Ali yang tidak berhasrat untuk membuat rayuan berhubung pemecatannya.

“Saya hormati keputusannya itu untuk kebaikan dirinya dan meneruskan perjuangan yang kini berbeza dengan parti,” katanya.Berhubung siri ceramahnya, Mahfuz memberi jaminan, ia berjalan lancar.“Ahli Pas tidak akan ganggu ceramahnya. Itu saya jamin. Tidak seperti sesi ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sering diganggu,” katanya.

1 ulasan:

JAKA berkata...

hassan ali....terlalu sibuk dgn motivasi, merasa bangga diri dan hebat.

hassan ali, sudah lama tidak ziarah org sakit.
sudah lama tidak ziarah jenazah
sudah lama tidak usung jenazah ke lahad
sudah lama tidak mendengar talqin

maka hati menjadi keduniaan.

mata dah hati terpesoan dgn gemerlapan intan permata dunia.

hassan ali,

siapakah saidina bilal rdh dibandingkan dgn anda dari segi akademik dan kepetahan berhujah?

tetapi iman itu bukan diukur dari hebat luaran seseorg.

hassan ali,

walau kamu hebat berpidato dipentas mempersona orang ramai. sedangkan saidina bilal rdh hanya melafaz ahad, ahad, ahad.....tp kamu tidak ada nilai dibanding dgn saidina bilal rdh yg ditindih batu panas ditengah padang pasir kerana akidah.

hassan ali,

walau kamu berjela ijazah pintar dlm pelbagai ilmu, tetapi kamu tidak ada nilai pun nak dibanding dengan saidina bilal rdh yg ijazahnya hanya melafaz ahad, ahad, ahad.

hassan ali,

munasabah diri, ingat mati, Allah menilai keikhlasan.

apakah kamu memilih mendapat sokongan penguasa dunia yg zalim dan rapuh sedangkan kerajaan akhirat itu lebih agung dan berkekalan.

hamba tak untung 1 sen pun dgn nasihat ini, tp anda juga jangan sampai tidak ada nilai 1 sen pun disisi manusia dan Allah swt.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....