Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 6 Januari 2012

Jika Anwar terpenjara, Husam pengganti ?

Ketika kita menghampiri hari keputusan perbicaraan kes liwat 2 yang bukan sahaja melibatkan masa depan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, semakin banyak telahan siapakah pemimpin yang paling layak mengepalai Pakatan Rakyat sekiranya beliau dipenjarakan nanti.

Rata-rata tentunya bersetuju, keputusan mahkamah itu nanti dianggap akan mempengaruhi masa hadapan Pakatan termasuklah dalam isu menentukan siapakah bakal PM pertama Pakatan sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13)  nanti.

Selain isu bakal PM Pakatan, juga penting untuk dicongakkan, siapakah yang paling mampu menjana kebangkitan Pakatan sekiranya sekali lagi mereka tertewas dalam PRU-13 nanti.

Bagi pengunjung blog milik pengamal media popular, Mohd Sayuti Omar, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dianggap sebagai calon popular untuk menerajui Pakatan sekiranya ketua pembangkang itu didapati bersalah dan dipenjarakan.

Sekurang-kurang demikianlah menurut keputusan undian yang melibatkan seramai 2,246 pengunjung blog Merah Tinta MSO sehingga hari ini.

Dalam tinjauan tersebut, Husam memperolehi undian tertinggi dengan 796 undian atau 35 peratus meninggalkan lima calon lain di belakang beliau.

Usia beliau yang dianggap masih muda dan majoriti pengunjung blog terbabit yang dipercayai di kalangan penyokong PAS mungkin boleh dianggap sebagai faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut.

Hadi di belakang Husam

Agak menarik juga untuk diperhatikan, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri turut berada di belakang Husam dengan 521 undian atau 23 peratus.
Manakala Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat yang mengumpul 487 undian atau 21 peratus mengekori di tempat ketiga.

Meskipun Nik Aziz dikatakan seorang tokoh PAS yang paling berpengaruh dalam parti itu dan turut disenangi oleh rata-rata pemimpin dari parti lain dalam Pakatan, faktor usia dan kesihatan beliau dipercayai mempengaruhi undian pengunjung blog tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menduduki tangga keempat dengan 261 undi atau 11 peratus, diikuti Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, 91 undian dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, 90 undian.

Sedikit sebanyak keputusan tersebut mampu memberi gambaran penerimaan pengunjung blog tersebut terhadap Nurul Izzah lebih baik berbanding Azmin Ali.

Guan Eng pula, meskipun dianggap seorang pemimpin muda berkaliber dan memiliki rekod prestasi baik dalam mentadbir Negeri Pulau Pinang, masyarakat Melayu negara ini dikatakan masih kurang bersedia menerima seorang pemimpin dari kalangan bukan Melayu.

Selain itu, faktor untuk mengelakkan serangan dari Barisan Nasional khususnya Umno turut memberi kesan terhadap undian yang diterima Guan Eng.Bagaimanapun, saya percaya, umum tentu bersetuju bahawa semua keputusan tersebut yang masih berbaki tiga hari sebelum undian ditutup tidaklah boleh dianggap sebagai gambaran keadaan sebenar dalam Pakatan.
* Penulis adalah penulis/wartawan bebas. Selain di FMT, artikel lain beliau boleh dicapai di bedukcanang.blogspot.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hangpa nak bunuh Husam dengan berita macam ni. Nanti riuh Nik Abduh le.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....