Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 20 Januari 2012

Hasan Ali Masih Kekal Memegang Jawatan Tim. Pengerusi Mais

PETALING JAYA: Datuk Dr Hasan Ali masih kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), walaupun beliau bukan lagi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan berkata mesyuarat sudah memutuskan Hasan Ali kekal memegang jawatan tersebut.

Menurut Mohamad Adzib, mesyuarat yang diadakan pada 17 Januari lalu itu juga turut dihadiri oleh Hasan Ali. Mesyuarat itu merupakan yang pertama diadakan bagi sesi 2012 hingga 2014.

“Beliau (Hasan Ali) masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi Mais dan juga ahli. Memang perlu ada Exco yang bertanggungjawab untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam dan kini dipegang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Namun saya menegaskan jawatan Timbalan Pengerusi itu kekal milik Hasan kerana mesyuarat sudah memutuskan perkara itu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam sekaligus bertanggungjawab dalam pembangunan dan perkembangan Mais serta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Namun, jika Hasan Ali masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi ini memberi kuasa kepada beliau untuk mempersoalkan sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri kelak.Hasan Ali dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Mais pada 2008 ketika itu beliau merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Pelantikan AJK masjid dan surau

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata Hasan Ali juga kekal memegang portfolio yang disandangnya sebelum ini iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah yang bertanggungjawab menguruskan sebarang pelantikan ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Manakala bagi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan yang memantau serta menangani isu murtad dan ajaran sesat di negeri Selangor pula dipegang oleh Datuk Emran Kadir.“Dalam Mais, Hasan Ali masih kekal memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kariah manakala Emran memegang Pengerusi Jawatankuasa Aduan dan Penguatkuasaan.

Ini termasuklah mengawal dan mengambil tindakan aktiviti memurtadkan orang Islam, ajaran sesat, mengajar tanpa tauliah di masjid dan surau,” jelasnya.Kenyataan beliau itu sekaligus menafikan dakwaan bahawa Hasan Ali bakal dilantik sebagai Pengerusi Pengurusan Aduan dan Penguatkuasaan.FMT

Ulasan Tinta Hijau DKB

Sebagai seorang yang bermoral seperti yang beliau laung laungkan,Hasan Ali perlu melepaskan Jawatannya.

Ini kerana beliau memegang jawatan itu selepas dilantik Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam selepas PR menang pada PRU 12.

Dalam bahasa yang lebih mudah ketika itu beliau mewakili Pas,beliau dilantik ke jawatan itu atas kapasiti politik bukanya penjawat awam.Jika tidak tobat lahum Hasan Ali tak akan dapat jawatan itu.Sekarang siapa yang gila kuasa???

1 ulasan:

Monkey Shooter berkata...

Hassan Ali akan dibodohkan oleh Khalid Ibrahim sekarang dan di masa akan datang. Bodoh punya orang....cakap mercik air liur merata laman, otak bantut dan kemetot, perangai macam Berok Mokye Kena Belacan......

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....