Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 17 November 2011

DUN Selangor Lulus Tambah Peruntukan Istana


SHAH ALAM, 17 NOV : Sidang Dun Selangor hari ini meluluskan pembiayaian perbelanjaan emolument bagi kakitangan istana serta perbelanjaan mengurus dan pembangunan antara RM 35,000 hingga RM11.76 juta bagi meningkatkan kecekapan dan tugasan pihak istana dengan lebih lancar.
 
Adun Kampung Tunku (DAP), Lau Weng San membahaskan isu ini bersetuju dengan pertambahan peruntukan tersebut bagi memastikan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan pejabat Tuanku dapat menjalankan tugas baginda dengan lebih lancar, cekap dan profesional.
 
Beliau berkata dengan pertambahan peruntukan tersebut akan membolehkan kerajaan Selangor mengambil lebih ramai golongan cendekiawan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam meningkatkan kecekapan serta khidmat nasihat khususnya dalam bidang undang-undang, kewangan dan ekonomi dan sebagainya.
 
"Sememangnya Tuanku diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Selangor. Walaupun begitu, ramai yang mungkin sudah lupa bahawa Tuanku juga berkuasa untuk menjaga kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain." tegas beliau.
 
Sehubungan itu beliau berharap agar kerajaan dapat mengadakan satu laman web yang komprehansif untuk memperkenalkan sejarah raja berperlembagaan di Selangor dan menjadikan istana kerajaan di Selangor sebagai salah satu dari destinasi pelancongan."Di England beberapa istana disana telah menjadi ikon kepada negara tersebut dan menjadi destinasi pelancongan yang amat manarik serta memberi pulangan yang baik bagi menampong pendapatan istana," kata beliau.
 
Menyentuh isu yang sama Adun Kinrara (DAP), Teresa Kok menyokong usaha mehjadikan istana lama dijadikan sebagai destinasi pelancongan.
 
"Tuanku juga mahukan supaya sejarah landasan keretapi dari Johor Bharu ke Singapura dipamirkan di Istana Alam Shah bagi membuktikan wujud hubungan antara Tanah Melayu dengan Singapura." jelasnya.
 
Dun Selangor meluluskan Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan DiRaja (Pindaan) tahun 2011 mengenai pembiayaian perbelanjaan emolument bagi kakitangan istana akan dinaikkan kira-kira RM35,000 ke RM4.49 juta.
 
Turut di luluskan pertambahan perbelanjaan RM900,000 hingga RM11.76 bagi perbelanjaan di bawah tuntutan elaun, perjalanan kakitangan pejabat istana, perbelanjaan utiliti, bekalan dan penyelenggaraan istana. TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....